Utusan Borneo (Sarawak)

Sahkan perpindaha­n 100 juta euro ke Juve dengan kontrak empat tahun dilapor bernilai 30 juta euro semusim

-

TURIN, Itali: Cristiano Ronaldo berkata Isnin lepas di mana beliau ‘berbeza’ dari pemain lain di peringkat usianya yang mahu berpindah ke China atau Qatar untuk kontrak lumayan, semasa majlis pengenalan sebagai pemain Juventus di mana beliau berkata beliau mahu membantu memberikan kejayaan Liga Juara-Juara ke kelab baharunya.

Dengan Piala Dunia sudah berakhir, bintang antarabang­sa Portugal itu mengesahka­n perpindaha­n bernilai 100 juta euro dari Real Madrid, menyebabka­n semua perhatian kepada juara Serie A Itali, Juventus dan Ronaldo berkata beliau “tidak berada di sini untuk bercuti”.

“Saya berbeza dari pemain lain yang memikirk a n k a r i e r mereka sudah berakhir apabila berada pada usia saya,” kata kapten Portugal itu.

Saya berbeza dari pemain lain yang memikirkan karier mereka sudah berakhir saya.” apabila berada pada usia

“Saya m a h u menunjukka­n bahawa saya tidak seperti pemain lain, saya berbeza. “Pemain pada usia saya pergi ke China atau Qatar, jadi untuk datang ke kelab besar pada usia sekarang dalam karier saya menyebabka­n saya berasa sangat gembira.” P e m e n a n g lima kali anugerah Ballon d’Or atau pemain terbaik dunia itu seperti biasa berasa yakin pada sidang media yang kebanyakan­nya b e r l a n g s u n g dalam bahasa Portugal di Stadium Allianz, yang dihadiri oleh media dari s e l u - r u h duni a d a n b e r - k a t a beliau “tidak m e m - p u n y a i apa- apa lagi untuk d i b u k - tikan”. “Angka itu sudah a d a , s e m u a orang tahu apa yang s u d a h saya lakukan untuk bola sepak tetapi saya masih bercita- cita dan sukakan cabaran,” kata beliau.

“Saya tidak mahu terus berada di zon selesa selepas apa yang saya lakukan untuk Manchester United dan Real Madrid. Saya mahu pergi meninggalk­an kejayaan di Juve.”

Juventus mendapatka­n penyerang yang menandatan­gani kontrak empat tahun dilaporkan bernilai 30 juta euro semusim, dengan harapan bahawa mereka akan akhirnya memenangi kejuaraan yang menjadi buruan utama – Liga Juara-Juara.

Membuat persediaan untuk memburu kejuaraan Serie A Itali buat kali kelapan berturut-turut dan selepas memenangi kejuaraan berganda (bersama Piala Itali) sebanyak empat kali berturut-turut, Juventus bergelut untuk membawa penguasaan dalam bola sepak Itali ke pertanding­an di Eropah.

Juventus belum meme- nangi kejuaraan Eropah sejak 1996 tetapi melangkah ke final sebanyak dua kali pada 2015 – tewas kepada Barcelona dan 2017 – tewas kepada Real Madrid.

Ronaldo pula menjaringk­an gol paling banyak dalam Liga Juara-Juara -120 gol berbanding mana-mana pemain dan sudah memenangin­ya sebanyak empat kali dari lima edisi terakhir bersamasam­a Real Madrid.

“Kami akan bersaing bukan sahaja Liga Juara-Juara tetapi Serie A dan kejuaraan lain,” kata beliau.

“Saya perlu bekerja-keras kerana memenangi Liga Juara-Juara bukan mudah. Saya berharap saya dapat membantu.”

Ronaldo bercakap kepada media selepas hari yang sibuk di Turin, yang bermula dengan sambutan hangat dari penyokong Juventus sebelum menjalani pemeriksaa­n perubatan.

Ratusan penyokong berkumpul di luar Stadium Allianz di Turin pad awal pagi sambil menyanyi “Ronaldo, bawakan Liga Juara-Juara kepada kami” ketika beliau muncul dari pusat perubatan kelab untuk menandatan­gani autograf dan bersalaman dengan penyokong.

“Ia saat yang hebat untuk dialu- alukan dengan cara ini,” kata Ronaldo.

“Ia meningkatk­an semangat anda untuk bekerja. Saya boleh saya dapat memberikan ganjaran kepada mereka.”

Demam Ronaldo melanda Turin sejak berita mengejut pengesahan perpindaha­n beliau ke Juventus, dengan ramai pemain muda keluar menyambut wira baharu mereka dengan memakai jersi Juventus dengan nama Ronaldo dan nombor 7 di belakangny­a, yang terjual dengan sangat laris. — AFP

Cristiano Ronaldo Penyerang baharu Juventus

 ?? — Gambar Reuters ?? TROFI IDAMAN: Ronaldo menjulang trofi Liga JuaraJuara ketika meraikan kejayaan Real menenangi kejuaraan Eropah selepas menewaskan Atletico Madrid di Stadium San Siro, Milan pada28 Mei 2016.
— Gambar Reuters TROFI IDAMAN: Ronaldo menjulang trofi Liga JuaraJuara ketika meraikan kejayaan Real menenangi kejuaraan Eropah selepas menewaskan Atletico Madrid di Stadium San Siro, Milan pada28 Mei 2016.
 ?? — Gambar Reuters ?? TAJUK UTAMA: Para media berkumpul di hadapan pintu masuk stadium menanti ketibaan Ronaldo untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan di Stadium Allianz, Turin Isnin lepas.
— Gambar Reuters TAJUK UTAMA: Para media berkumpul di hadapan pintu masuk stadium menanti ketibaan Ronaldo untuk menjalani pemeriksaa­n perubatan di Stadium Allianz, Turin Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia