Utusan Borneo (Sarawak)

Sarri akui teruja berdepan pengurus elit Liga Perdana

-

LONDON, England: Pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri, bercakap tentang keterujaan beliau untuk berdepan dengan begitu ramai pengurus hebat dunia selepas memulakan tugas beliau bersama kelab Stamford Bridge.

Pengurus dari Itali itu tiba di Stamford Bridge, di mana beliau menggantik­an rakan senegarany­a, Antonio Conte, menyaksika­n beliau menyertai barisan pengurus pelbagai negara dalam bola sepak elit Liga Perdana Inggeris, seperti Pep Guardiola (Sepanyol, Manchester City), Mauricio Pochettino (Argentina, Tottenham Hotspur), Jose Mourinho (Portugal, Manchester United) dan Jurgen Klopp (Jerman, Liverpool).

“Chelsea adalah salah sebuah kelab paling penting dalam kejohanan paling penting di Eropah,” kata Sarri apabila bercakap kepada media rasmi kelab, 5th Stand Isnin lepas.

“Dalam Liga Perdana, ada ramai jurulatih hebat di Eropah, mungkin di dunia.

“Ia pastinya teruja untuk saya berdepan dengan Guardiola, Pochettino, Mourinho, Klopp dan yang lain.”

Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana musim lepas di tangga kelima dan terlepas peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

“Saya fikir Chelsea adalah pasukan yang bagus,” kata Sarri, bekas jurulatih Napoli.

“Masalahnya ialah di England, terdapat lima atau enam lagi pasukan yang bagus. Dengan hanya satu atau dua perubahan, kami boleh cuba bermain gaya bola sepak saya.

“Pertama sekali saya mahu menikmati permainan. Pemain juga harus berasa gembira. Dan paling utama saya mahu penyokong berasa gembira dengan pasukan.”

Komen Sarri hadir ketika Conte, mengeluark­an satu kenyataan rasmi menerusi Persatuan Pengurus Liga Perdana (LMA) England.

Conte dipecat Jumaat lepas, hanya 55 hari selepas membimbing Chelsea memenangi Piala FA Inggeris pada tugas terakhir beliau membimbing kelab di Wembley.

Beliau diganti oleh Sarri, 24 jam kemudian ekoran laporan di mana bulan-bulan terakhir Conte di kelab dicemari dengan perbalahan dengan pengurusan kelab terutama sekali tentang polisi pembelian pemain.

Tetapi tidak kelihatan sebarang ‘rungutan’ dalam kenyataan Conte menerusi LMA, di mana beliau menegaskan: “Saya mahu berterima kasih kepada semua rakan saya di Kelab Bola Sepak Chelsea di atas kerja-keras dan sokongan sejak dua tahun terakhir, yang membolehka­n kami bersamasam­a memenangi Liga Perdana dan Piala FA Inggeris.

“Ia adalah hebat untuk saya dapat berkongsi emosi, keghai- rahan dan kesungguha­n sepanjang dua musim yang tidak akan dilupakan bersama-sama penyokong Chelsea, yang akan sentiasa kekal di hati saya.

“Saya berharap Chelsea akan terus berjaya dan mengharapk­an semuanya berjalan lancar untuk musim hadapan.”

Beliau menambah: “Saya mempunyai banyak kenangan manis sepanjang di Chelsea, yang akan saya bawa bersama untuk cabaran baharu saya akan datang.”

Conte memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2016/2017, musim pertama beliau di kelab dan menandatan­gani satu kontrak baharu tetapi tidak dilanjutka­n tempoh semasa kontrak yang berakhir pad Jun 2019.

Perlawanan pertama Sarri sebagai jurulatih Chelsea ialah pada perlawanan persahabat­an pramusim menentang Perth Glory di Australia Barat pada 23 Julai.

Sarri, 59, menjadi pengurus tetap kesembilan Chelsea semenjak Roman Abramovich membeli kelab 15 tahun yang lalu. — AFP

 ??  ?? SARRI
SARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia