Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid buru Hazard, Lewandowsk­i

-

LONDON, England: Pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri, sudah berhadapan dengan ujian pertama beliau apabila kelab gergasi bolas sepak Sepanyol, Real Madrid, mendahului usaha mendapatka­n pemain sayap C h e l - s e a , Eden Haza r d s e l a i n pemain buruan mereka, Robert Lewandowsk­i.

Real Madrid telah meletakkan Hazard dalam senarai utama pembelian mereka untuk mengisi kekosongan dari perpindaha­n Cristiano Ronaldo ke Juventus minggu lepas.

Hazard, kapten pasukan Belgium itu juga mendedahka­n selepas pasukannya menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 2018 apabila menewaskan England, di mana beliau sudah bersedia untuk berpindah selepas enam tahun di Stamford Bridge dengan berkata ‘anda tahu destinasi pilihan saya” yang merujuk kepada kelab juara Eropah itu. T e t a p i akhbarThe Star juga mendakwa Real memp u n y a i satu lagi b e r i t a buruk b u a t Chelsea apabila difahamkan turut berminat dengan penyerang buruan utama Chelsea, Lewandowsk­i, yang mahu berpin- dah dari Bayern Munich. Chelsea berminat untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Poland itu tetapi ia kelihatan mereka bakal kehilangan bukan sahaja bintang utama, Hazard, malah mungkin terlepas peluang mendapatka­n Lewandowsk­i. Real mungkin harus membayar satu rekod dunia perpindaha­n untuk Hazard, mengatasi 200 juta pound yang dibayar Paris Saint Germain ( PSG) kepada Barcelona untuk membawa Neymar ke Paris. Tetapi Sarri dijangka tidak akan menghalang seorang pemain bintang yang tidak mahu berada di kleab. Chelsea sememangny­a memerlukan seorang penyerang utama dengan penyerang sedia ada, Alvaro Morata, gagal menyerlah pada musim pertamanya di bawah bimbingan bekas pengurus, Antonio Conte. Juventus ada menyuaraka­n minat untuk bersedia menu- kar Morata dengan penyerang mereka, Gonzalo Higuain tetapi ia difahamkan Lewandowsk­i adalah sasaran utama Sarri.

Lewandowsk­i adalah antara pemain terkenal yang gagal menyerlah di Piala Dunia 2018 di Rusia tetapi beliau masih kekal salah seorang penyerang paling berbisa di Eropah dengan menjaringk­an 180 gol dari 257 penampilan bersama Borussia Dortmund dan juga Bayern Munich. — Reuters

 ??  ?? HAZARD
HAZARD
 ??  ?? LEWANDOWSK­I
LEWANDOWSK­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia