Utusan Borneo (Sarawak)

Tracie tekad bangkit buru pingat pada Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Gimnas kebangsaan, Tracie Ang tekad bangkit untuk memburu keputusan positif pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan setelah terlepas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan susulan kecederaan pinggul yang dialaminya.

Pemenang pingat emas Kejohanan Gimnastik Piala Dunia 2016 itu menegaskan, beliau sudah melupakan kekecewaan lepas dan menyasarka­n kedudukan podium dalam salah satu acara yang disertainy­a pada Sukan Asia nanti.

“Saya masih dalam proses pemulihan kecederaan pinggul yang saya alami tahun lepas, namun ia bukan alasan untuk saya tidak mempamerka­n persembaha­n cemerlang dan saya akan kelompok tiga terbaik dalam acara senaman lantai atau alam imbangan.

“Walaupun hampir pulih sepenuhnya, saya tetap mengambil langkah berjaga- jaga ketika menjalani latihan bagi memastikan kecederaan sama tidak berulang kembali,” katanya kepada Bernama.

Tracie, 26, memakl umkan walaupun skuad negara hanya menjalani latihan seperti biasa di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, beliau yakin mampu memberikan saingan sengit kepada beberapa negara Asia seperti Jepun, China dan Korea Selatan dijangka menjadi calon terbaik untuk meraih kedudukan podium berdasarka­n rekod kutipan pingat lepas.

“Saya tidak peduli mengenai mereka kerana saya yakin keputusan positif akan hadir sekiranya saya mempamerka­n persembaha­n yang mampu memikat para juri pada Sukan Asia nanti,” katanya yang gagal meraih sebarang pingat pada penampilan sulung pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara gimnastik adalah menerusi Ng Shu Wai yang memenangi perak dalam acara melombol pada edisi 2006 di Doha, Qatar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia