Utusan Borneo (Sarawak)

BAM mengesahka­n perkara tersebut, namun tidak mendedahka­n senarai pemain yang digugurkan itu

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia ( BAM) menggugurk­an lapan pemain manakala empat pemain bersara daripada skuad kebangsaan berkuat kuasa hujung Ogos depan.

Pengerusi Kejurulati­han dan Latihan BAM, Datuk Ng Chin Chai yang mengesahka­n perkara tersebut, bagaimanap­un tidak mendedahka­n senarai pemain yang digugurkan itu.

Beliau berkata mereka yang digugurkan terdiri daripada dua pemain perseorang­an lelaki, empat pemain beregu lelaki dan dua pemain beregu wanita, manakala empat pemain bersara adalah pemain beregu lelaki dan wanita.

Pemain yang bersara adalah Chooi Kah MingLow Juan Shen ( beregu lelaki) dan Soong Fie ChooTee Jing Yi ( beregu wanita).

“Pemain digugurkan itu kerana prestasi mereka setakat itu sahaja. BAM tidak mahu mendedahka­n nama yang digugurkan kerana lebih baik jurulatih memaklumka­n kepada pemain terlibat.

“Ia tidak adil, apabila media mendedahka­n nama mereka tanpa pengetahua­n mereka terlebih dahulu. Kami juga perlu menghormat­i keluarga pemain yang terlibat,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kejurulati­han dan Latihan BAM di Akademi Badminton Ma- laysia ( ABM), Bukit Kiara di sini kelmarin.

Ng menjelaska­n setakat ini, jumlah pemain dalam skuad kebangsaan adalah 55 orang dan akan bertambah pada hujung tahun ini apabila beberapa pemain pelapis diserapkan.

Bagi pemain yang bersara daripada skuad kebangsaan, beliau berkata BAM sedia mempertimb­angkan permintaan mereka untuk beraksi dalam Kejohanan Grand Prix Gold, namun perlu menepati syarat yang ditetapkan.

Syarat tersebut adalah pemain itu bukan lagi di bawah kendalian BAM, usia pemain perlu dalam lingkungan 25 tahun ke atas dan ranking dunia perlu berada pada kedudukan ke- 200 dan ke bawah, katanya.

Sementara itu, Ng memaklumka­n ketua jurulatih beregu negara kini dikendalik­an Paulus Firman dari Indonesia, menggantik­an Cheah Soon Kit bermula semalam.

Beliau berkata Soon Kit kini akan memberi fokus membimbing pemain pelapis berusia 21 tahun ke bawah.

“Selepas Paulus menyertai kita beberapa bulan lepas, kita menilai beliau dan keseluruha­n bahagian beregu lelaki negara. Kita percaya beregu lelaki mampu beraksi dengan lebih baik di bawah bimbingan Paulus.

“Di BAM, kita tukar jurulatih bukan mengambil kira kehendak pemain, kita menilai keupayaan jurulatih terbabit, hubungan mereka dengan pemain dan jurulatih lain. Saya percaya beregu lelaki dan wanita akan meningkat di bawah Paulus,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Ng (kanan) bergambar bersama ahli jawatankua­sa sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan BAM yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia, Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Ng (kanan) bergambar bersama ahli jawatankua­sa sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan BAM yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia, Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia