Utusan Borneo (Sarawak)

Bolt bakal jalani tempoh percubaan enam minggu bersama Mariner

-

SYDNEY, Australia: Usain Bolt semakin hampir untuk mengesahka­n satu perjanjian untuk tempoh ujian bersama kelab Liga A (Australia) Central Coast Mariners, menurut kelab dari Australia itu Selasa lepas ketika bekas jaguh pecut dunia itu meneruskan impian untuk bermain bola sepak profesiona­l.

Bolt, 31, juara lapan kali Sukan Olimpik, yang bersara dari sukan olahraga selepas Kejohanan Dunia di London pada bulan Ogos tahun lepas, adalah peminat kelab bola sepak Manchester United dan sudah lama mengimpika­n untuk bermain di peringkat tertinggi bola sepak.

Pemegang rekod dunia acara pecut 100 dan 200 meter itu pernah berlatih untuk kelab dari Norway, Stromsgods­et bulan lepas dan juga kelab Borussia Dortmund di Bundesliga Jerman pada bulan Mac.

Rancangan persetujua­n akan menyaksika­n beliau menyertai tempoh percubaan latihan selama enam minggu bermula bulan hadapan di pusat latihan Mariner di Gosford, kira-kira 75 kilometer dari utara Sydney, kata Ketua Eksekutif kelab, Shaun Mielekamp.

Satu perjanjian untuk satu musim mungkin menyusul jika semuanya berjalan lancar, kata beliau kepada penyiaran Channel Seven.

Ejen bola sepak, Tony Rallis, yang mengusahak­an perjanjian itu, memberitah­u Sky Sports Selasa lepas di mana ia bersetuju “secara prinsip... bergantung kepada beberapa pencapaian”.

“Paling penting, satu tempoh percubaan, dan juga sokongan dana dari FFA (badan bola sepak Australia),” kata beliau sambil menambah perjanjian itu bukan satu gimik.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia