Utusan Borneo (Sarawak)

Maradona presiden baharu Dinamo Brest

-

BREST, Belarus: Selepas mencuri perhatian di Piala Dunia 2018, Diego Maradona tiba di Belarus Isnin lepas untuk memulakan babak baharu dalam karier beliau yang berwarna-warni.

Pemenang Piala Dunia 1986 dari Argentina itu menegaskan bahawa jawatan baharu beliau sebagai presiden kelab divisyen satu Belarus, Dinamo Brest adalah “sangat serius” dan berkata beliau berharap k e h a d - iran beliau akan m e m - b a n t u s u k a n negara itu “menjadi lebih bagus setiap hari”.

Maradona juga menyuaraka­n keinginan untuk bertemu dengan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko. “Saya memp u n y a i k e n a n - ganyang m a n i s bersama F i d e l C a s t r o , ( Hugo) Chavez dan (Moamer) Kadhafi dan juga saya mengenali (Vladimir) Putin,” kata bintang bola sepak Argentina itu dalam satu sidang media ketika menyenarai­kan presiden dari Cuba, Venezuela, Libya dan juga Rusia.

“Sekarang saya mahu bergambar dengan Lukashenko,” kata beliau ketika merujuk kepada presiden yang memerintah bekas negara Soviet itu dengan pemerintah­an kuku besi sejak 1994.

“Saya berharap selepas itu, beliau akan menjadi penyokong kelab,” kata beliau dalam bahasa Sepanyol yang kemudian diterjemah­kan.

Lukashenko lebih dikenali sebagai pemain hoki ais.

Maradona juga ada berkata tentang keinginan beliau untuk menetap di Belarus, yang terletak di antara Rusia dan Ukraine dan anggota Kesatuan Eropah (EU), Latvia, Lithuania dan Poland dan berkata beliau tidak gentar dengan cuaca sejuk.

Beliau juga berkata beliau merancang untuk belajar bahasa Rusia.

Maradona menandatan­gani kontrak tiga tahun pada bulan Mei dan dijangka akan menonton perlawanan pertama beliau sebagai presiden kelab pada sebelah malam apabila menentang kelab divisyen empat, Shakhtyor.

Dinamo Brest berada di tangga keenam sebelum pertengaha­n musim liga Belarus.

“Kami akan cuba mewujudkan sebuah pasukan yang bersaing untuk kedudukan terbaik liga,” kata beliau.

Maradona mencuri perhatian di Piala Dunia Rusia apabila membuat isyarat jari tengah dari tempat duduk VIP ketika meraikan kemenangan dramatik 2-1 Argentina ke atas Nigeria, yang membolehka­n pasukan negaranya melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

Walaupun selepas Argentina tersingkir di pusingan kedua, beliau masih mencuri perhatian dengan mendakwa beliau boleh mengubah nasib pasukan jika dinamakan sebagai jurulatih dan kemudian dikritik badan induk bola sepak dunia (FIFA) selepas menyelar pengadil perlawanan ketika Colombia tewas kepada England di pusingan kedua. — AFP

 ??  ?? MARADONA
MARADONA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia