Utusan Borneo (Sarawak)

ASG Ke-10: Malaysia sasar 40 pingat emas

-

KUALA LUMPUR: Malaysia selaku tuan rumah Sukan Sekolah ASEAN ( ASG) mensasarka­n meraih sekurang- kurangnya 40 daripada 123 pingat emas yang akan dipertandi­ngkan sekaligus muncul juara keseluruha­n pada edisi ke- 10 temasya itu.

Ketua kontinjen negara ke ASG, Zainal Abas bagaimanap­un berkata matlamat penganjura­n dan penyertaan Malaysia pada temasya tahunan itu adalah bagi memupuk semangat perpaduan dan mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan atlet di negara Asia Tenggara.

“Mengikut jangkaan kalau dilihat kepada kekuatan atlet, saya rasa Malaysia berpeluang menjadi juara keseluruha­n ASG kali ini namun kita perlu dapatkan sekurang- kurangnya 40 pingat emas,” katanya selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke ASG ke- 10 di Sekolah Sukan Bukit Jalil semalam.

Zainal berkata penyertaan kali ini mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada pelajar dimana ia melibatkan ramai penyertaan atlet pelapis negara dan beberapa atlet negara.

Malaysia yang merupakan kontinjen terbesar terdiri daripada 192 atlet akan bertanding dalam 11 jenis sukan yang menawarkan 123 pingat emas keseluruha­nnya.

Antara atlet negara yang turut serta dalam temasya itu adalah gimnas negara, Izzah Amzan, atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei dan atlet ping pong wanita negara, Alice Chang Li Sian.

11 jenis sukan yang dipertandi­ngkan adalah badminton, bola keranjang, bola tampar, bola jaring, ping pong, sepak takraw, renang, olahraga, gimnastik artistik, gimrama dan skuasy.

Kejohanan yang dijadualka­n bermula pada Khamis ini hingga 27 Julai bertempat di Shah Alam, Selangor serta beberapa venue di Kuala Lumpur akan disertai oleh 10 negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar. — Bernama

 ??  ?? SEDIA MENGGEMPUR: Barisan pemain Kuching FA gigih menjalani latihan persiapan terakhir berdepan Shahzan Muda di gelanggang lawan malam ini.
SEDIA MENGGEMPUR: Barisan pemain Kuching FA gigih menjalani latihan persiapan terakhir berdepan Shahzan Muda di gelanggang lawan malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia