Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FAM: Kuching FA bersiap sedia mengejutka­n Shahzan Muda

-

KUCHING: Kuching FA siap sedia untuk mengejutka­n Shahzan Muda pada kempen Piala FAM 2018 di Stadium Majlis Perbandara­n Temerloh, Pahang malam ini (jam 8.45 malam).

Pengendali Kuching FA, Shahrizan Sahari mengakui ia merupakan misi utama pasukannya untuk perlawanan ketiga terakhir musim ini.

“Kita semahunya beroleh kemenangan, memang ia bukan tugas mudah menyedari aksi pada esok (malam ini) berlangsun­g di gelanggang tuan rumah.

“Apa pun, saya percaya semua pemain mampu mencapai sasaran untuk beroleh mata penuh sekiranya mereka mengikut pelan yang telah dirancang,” katanya mengulas pertemuan itu semalam.

Kuching FA berjaya mengatasi Shahzan Muda dengan kemenangan tipis (2-1) pada aksi pusingan pertama berlangsun­g di Kuching pada 1 April lalu.

Namun, Shahrizan mengakui rekod lampau bukan jaminan untuk mengatakan mereka mampu meneruskan kecemerlan­gan tersebut.

Malah, beliau percaya pasukan tuan rumah (Shahzan Muda) akan cuba menggunaka­n kesempatan beraksi di hadapan penyokong sendiri bagi mencipta keputusan positif.

“Pasti aksi akan berlangsun­g sengit nanti (malam ini) dan saya berharap pemain-pemain mampu mengatasi tekanan di gelanggang lawan,” jelas Shahrizan.

Skuad Kuching FA kini menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan, dua kali seri selepas mengharung­i sembilan perlawanan.

ATM di kedudukan teratas (21 mata) dengan enam kemenangan, tiga kali seri daripada sepuluh perlawanan manakala Selangor United di kedudukan kedua dengan 17 mata hasil lima kemenangan, dua kali seri daripada sembilan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia