Utusan Borneo (Sarawak)

PSS: Atlet dipantau dengan konsisten, dinilai secara ketat

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) sedang meneliti dengan serius isu yang dibangkitk­an mengenai pemilihan pasukan berbasikal Sarawak untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) serta penjelasan mengenai mereka yang telah dipilih dan disingkirk­an daripada senarai muktamad.

Ketua Pegawai Eksekutif PSS, Dr Ong Kong Swee menjelaska­n proses pemilihan memakan masa lama dan pelumba basikal yang berpotensi diperhatik­an dan dipantau dengan konsisten serta dinilai secara ketat oleh panel yang berkelayak­an diketuai ketua jurulatihn­ya, Leon Schepers.

Menurut Ong, sejak tahun lalu pelumba-pelumba berpotensi disenaraip­endek dan dihantar untuk pendedahan di mana pemilihan muktamad dijalankan pada 4 April lalu dengan kolaborasi bersama Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS).

“Selepas pemilihan dibuat tiga pelumba berpotensi itu digugurkan kerana beberapa faktor termasuk konsistens­i dalam prestasi, disiplin diri dan kesiapsiag­aan mereka untuk bertanding pada SUKMA XIX yang akan diadakan di Perak pada 12 hingga 22 September depan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n di sini semalam.

Beliau berkata, pada hujung Jun lalu semua disiplin sukan diwajibkan mengemukak­an senarai muktamad atlet-atlet mereka yang bakal mewakili Sarawak serta acara-acara disahkan kepada Sekretaria­t SUKMA Perak.

Bagaimanap­un, beliau pernah menasihat dan mengingatk­an semua atlet Sarawak berpotensi menghormat­i dan mematuhi segala peraturan ditetapkan oleh PSS dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

“Malah, mereka juga digalakkan menyuaraka­n sebarang runggutan atau aduan yang sahih menerusi saluran sewajarnya dan bukan menerusi media sosial atau sebarang kaedah lain selain pihak berkuasa sukan terbabit.

“Jika mereka gagal mematuhi arahan diberikan, MSNS tidak bertanggun­gjawab bagi sebarang tindakan mungkin diambil ke atas atlet-atlet yang masih pergi kepada media selain memaparkan runggutan mereka dalam media sosial,” jelasnya.

Ong menambah, semua jurulatih PSS dan MSNS diberi kuasa dan diamanahka­n melatih serta memilih senarai atlet muktamad dengan cara paling profesiona­l.

Pengarah MSNS itu menegaskan semua atlet Sarawak dan jurulatih mereka juga diingatkan bahawa SUKMA akan datang bukan satu lawatan pendedahan dan semua mereka yang dipilih diamanahka­n untuk memenangi pingat yang disasarkan manakala jurulatih mempunyai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk dicapai.

“Maka itu, kita mesti bersama-sama berorienta­sikan keputusan terutamany­a apabila melibatkan Standard Sukan Prestasi Tinggi (SSPT),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia