Utusan Borneo (Sarawak)

RT13 FT muncul juara Bola Sepak 7 Sebelah

-

SIBU: Pasukan RT13 FT muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah yang menamatkan siri pertama di Padang Penjara Sibu, petang kelmarin.

Kemenangan itu membolehka­n RT13 FT menjulang piala Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Siri Piala Cabaran Nangka 2018 serta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Manakala tempat kedua dimenangi Red Rageous membawa pulang wang tunai RM1,000, diikuti V8-CSA dan AWAKAS B berkongsi tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM250.

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah berlangsun­g pada 14 dan 15 Julai lalu berjaya menarik penyertaan 20 pasukan dari seluruh Sarawak.

Kejayaan keempat-empat pasukan menduduki empat tangga teratas membolehka­n mereka mara ke peringkat akhir yang dijadualka­n bermula dari November hingga Disember depan.

Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam perlawanan akhir.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee.

Sementara itu, pertanding­an untuk futsal, bola sepak 7 sebelah, boling dan sepak takraw diadakan setiap bulan pada hujung minggu hingga Oktober.

Piala cabaran itu merupakan anjuran bersama Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka (SSBSPN), Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersama (PBB) Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.

Pasukan berminat mengambil bahagian acara dipertandi­ngkan boleh hubungi Junaidi Ahmad (0138122408) atau Khuswandy Panyarang ( 016- 9258367) acara bola sepak 7 sebelah, Osman Yusuf (019-4682523) dan Freddie Chua ( 0138010034) acara boling, Edmund Chua (016-5892883) dan Idris Alphonso De Rozario (013-8115996) untuk acara sepak takraw.

 ??  ?? MILIK KAMI: Dr Annuar menyampaik­an hadiah kemenangan kepada pasukan RT13 FT yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Siri I, petang kelmarin.
MILIK KAMI: Dr Annuar menyampaik­an hadiah kemenangan kepada pasukan RT13 FT yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Siri I, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia