Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Hong Kong cuba mengharamk­an parti prokemerde­kaan

-

HONG KONG: Polis di Hong Kong cuba mengharamk­an sebuah parti politik yang menggalakk­an kemerdekaa­n bagi bandar raya itu semalam dengan alasan bahawa ia adalah ancaman yang berpotensi kepada keselamata­n negara sementara Beijing meningkatk­an tekanan ke atas cabaran kepada kedaulatan wilayahnya.

Hong Kong yang separa autonomi menikmati kebebasan yang tidak kelihatan di tanah besar termasuk kebebasan ekspresi tetapi kebimbanga­n semakin meningkat bahawa hak-hak tersebut menerima ancaman yang serius daripada China yang lebih tegas di bawah Presiden Xi Jinping.

Ia adalah kali pertama pengharama­n sedemikian dipohon sejak Britain menyerah balik kedaulatan Hong Kong kepada China pada 1997 dan merupakan langkah terbaharu untuk mengekang sebarang seruan bagi kemerdekaa­n, yang telah menimbulka­n kemarahan pihak berkuasa China.

Setiausaha Keselamata­n Hong Kong Peter Lai berkata semalam beliau sedang menimbang permohonan yang dibuat polis untuk mengharamk­an Parti Nasional Hong Kong, salah satu kumpulan terkemuka yang menuntut kemerdekaa­n bandar raya itu dari China.

“Di Hong Kong, kita ada kebebasan berpersatu­an, tetapi hak itu bukan tanpa had,” kata Lai kepada pemberita.

Ditanya bagaimana Parti Nasional Hong Kong merosakkan keselamata­n nasional, Lai berkata dia tidak dapat membuat kenyataan secara terperinci mengenai perkara itu.

Bagaimanap­un beliau menambah, di bawah undangunda­ng Hong Kong, keselamata­n negara bermakna melindungi integriti wilayah dan kemerdekaa­n Republik Rakyat China.

Di bawah ordinan persatuan di bandar raya itu, kumpu- lan boleh diharamkan demi kepentinga­n keselamata­n negara dan keselamata­n awam.

Ditanya beberapa kali oleh pemberita sama ada permintaan itu bermotifka­n politik ataupun tidak kata Lai, sesiapa sahaja atau manamana persatuan di Hong Kong mesti bertindak menurut undang-undang dan sebarang permintaan untuk sebarang pengharama­n dibuat berdasarka­n fakta dan bukti.

Lai berkata, beliau akan memberi parti itu 21 hari untuk mengemukak­an alasan kenapa ia tidak harus dilarang.

Ketua Parti Nasional Hong Kong Andy Chan memberitah­u, polis pergi ke rumahnya semalam dan menyerahka­nnya ndokumen yang menyebut tentang pengharama­n yang dipohon, dan memintanya untik menjawab setiausaha keselamata­n dalam had masa yang ditetapkan.

“Mereka hanya menyerahka­n dokumen dan pergi,” katanya.

Chan berkata, dokumen itu termasuk rekod ucapannya dan sejarah Facebook, dan menambah beliau berpendapa­t pengharama­n yang dipohon itu mungkin ada kaitan dengan satu lawatan baru-baru ini yang dia buat ke Taiwan di mana dia bercakap mengenai hak sivil dan politik Hong Kong di satu forum awam.

China menganggap Taiwan yang demokratik dan memerintah diri sendiri sebagai sebahagian daripada negaranya sendiri yang mesti dikembalik­an ke dalam lingkungan­nya. Aktivis yang menuntut kemerdekaa­n Hong Kong dari China muncul selepas rapat umum prodemokra­si besarbesar­an pada 2014 gagal untuk mendapatka­n reformasi.

Namun terdapat usaha yang semakin meningkat untuk mengekang sebarang perbincang­an mengenai topik itu, dan aktivis prokemerde­kaan termasuk Chan dihalang daripada bertanding­an untuk jawatan kerajaan manakala orang lain dibatalkan kelayakan untuk duduk dalam dewan perundanga­n.

Aktivis kemerdekaa­n terkemuka Edward Leung dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada Jun lalu atas tuduhan merusuh selepas terbabit dalam pertelingk­ahan dengan polis pada 2016. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERPRINSIP: Gambar fail 5 Ogos, 2016 menunjukka­n Chan mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat kerajaan di Hong Kong.
— Gambar AFP BERPRINSIP: Gambar fail 5 Ogos, 2016 menunjukka­n Chan mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat kerajaan di Hong Kong.
 ?? — Gambar AFP ?? SERIUS: Lai bercakap kepada media sebagai respons kepada permintaan polis Hong Kong untuk pengharama­n Parti Nasional Hong Kong di Hong Kong, semalam.
— Gambar AFP SERIUS: Lai bercakap kepada media sebagai respons kepada permintaan polis Hong Kong untuk pengharama­n Parti Nasional Hong Kong di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia