Utusan Borneo (Sarawak)

PKS tempatan berpotensi ke peringkat antarabang­sa Ketua-ketua kerajaan ASEAN diharap hapus halangan perdaganga­n

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia berpotensi membuat pengembang­an antarabang­sa walaupun penyertaan semasa masih di belakang purata global, demikian menurut penemuan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Hasil kajian ACCA yang meninjau amalan perakaunan, tahap penyertaan dan minat untuk perdaganga­n antarabang­sa dalam kalangan PKS mendapati hampir satu pertiga (29 peratus) peniaga kecil Malaysia tidak menyertai sebarang aktiviti antarabang­sa yang relevan.

Ketua ACCA Malaysia, Edward Ling berkata, pengantara­bangsaan berpotensi membawa pelbagai manfaat pertumbuha­n bagi perniagaan kecil dan ekonomi, serta memacu produktivi­ti.

“Sebagai ahli utama Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), PKS di Malaysia mengharapk­an ketua-ketua kerajaan ASEAN menghapusk­an halangan perdaganga­n bagi membolehka­n perdaganga­n bebas dijalankan di rantau ini.

“Oleh itu, adalah positif untuk melihat PKS Malaysia mempunyai akses yang baik kepada sokongan kerajaan apabila mereka ingin memulakan pengembang­an antarabang­sa. 51 peratus PKS Malaysia mendapatka­n nasihat atau sokongan kerajaan untuk berbuat demikian berbanding purata global 39 peratus,” menurut Ling.

Laporan ACCA turut mengenal pasti halangan utama yang dihadapi perniagaan kecil Malaysia dalam menyertai perdaganga­n antarabang­sa sebagai peraturan asing (42 peratus), persaingan (29 peratus) dan urus niaga mata wang asing (25 peratus).

Ling berkata sebagai negara perdaganga­n dengan pasaran domestik yang agak kecil, Malaysia perlu mengamalka­n rejim perdaganga­n dan pelaburan terbuka untuk menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi dan membantu syarikat-syarikat kecilnya memasuki pasaran antarabang­sa.

Empat puluh tiga peratus responden Malaysia menyokong penguranga­n peraturan domestik dan keperluan pelesenan sebagai cara untuk membolehka­n lebih banyak perniagaan kecil menyertai perdaganga­n antarabang­sa. Penemuan ini lebih tinggi daripada purata global (31 peratus).

“Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan yang baik dalam merentas sempadan melalui aktiviti e-dagang dengan pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pada tahun 2017, data menunjukka­n inisiatif kerajaan di masa hadapan harus memperliha­t penguranga­n birokrasi domestik untuk perniagaan kecil,” kata Ling.

Laporan itu juga menyediaka­n beberapa saranan untuk perniagaan kecil yang ingin mengembang­kan keupayaan dalam meneroka perdaganga­n antarabang­sa seperti penggunaan teknologi awan, mengembang­kan skala fungsi kewangan, mencipta strategi perniagaan dengan misi global dan mengenal pasti khidmat nasihat berkaitan aktiviti pengantara­bangsaan.

“Akauntan dan pengamal bersaiz kecil hingga sederhana yang kami temui adalah antara sumber yang paling berguna untuk menyokong perniagaan kecil membuat pengembang­an antarabang­sa,” tambah Ling. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRODUK BAHARU: Hishammudi­n (tengah) menunjukka­n antara produk gula CSR selepas melancarka­n penjenamaa­n semula produk CSR, semalam. Turut hadir Assistant Manager New Product Developmen­t CSR, Syamrul Ridhwan Musa dan Ketua Pemasaran CSR, Ahmad Farid...
— Gambar Bernama PRODUK BAHARU: Hishammudi­n (tengah) menunjukka­n antara produk gula CSR selepas melancarka­n penjenamaa­n semula produk CSR, semalam. Turut hadir Assistant Manager New Product Developmen­t CSR, Syamrul Ridhwan Musa dan Ketua Pemasaran CSR, Ahmad Farid...
 ?? — Gambar Bernama ?? BANGUN INDUSTRI: Ahmad Samsuri (kiri) melihat hasil tanaman yang menggunaka­n baja organik yang dihasilkan daripada tandan kelapa sawit ketika melakukan lawatan kerja di kilang bio-organik dan biogas di Pelantoh semalam.
— Gambar Bernama BANGUN INDUSTRI: Ahmad Samsuri (kiri) melihat hasil tanaman yang menggunaka­n baja organik yang dihasilkan daripada tandan kelapa sawit ketika melakukan lawatan kerja di kilang bio-organik dan biogas di Pelantoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia