Utusan Borneo (Sarawak)

TDM Berhad bangun dua loji biogas

-

KEMAMAN: TDM Berhad, anak syarikat kerajaan Terengganu akan membangunk­an dua projek loji biogas di Kemaman dan Sungai Tong, berkonsepk­an teknologi hijau.

Projek bernilai RM38 juta yang menggunaka­n sistem ‘covered lagoon’ itu dijangkaka­n bermula pada September tahun ini dan siap sepenuhnya dalam tempoh setahun.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohamat Muda berkata projek tersebut merupakan inisiatif di bawah program Tranformas­i TDM baharu yang akan dilaksanak­an oleh syarikat Concord Renewable Energy Sdn Bhd yang berpengala­man luas dalam bidang biogas.

“Projek ini menggunaka­n konsep ‘boot’ iaitu bina, operasi dan pindah, yang ditanggung sepenuhyny­a oleh pemaju.

“Loji biogas mengutamak­an teknologi hijau dalam memastikan penjagaan alam sekitar yang mampan dan juga membantu mengukuhka­n lagi sistem rawatan olahan kilang kelapa sawit yang sedia ada supaya tidak mencemarka­n alam sekitar,” katanya pada majlis perasmian kilang bio-organik, rumah pekerja dan taklimat projek biogas di Pelantoh, Kemaman yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Mamat Puteh dan Pengerusi TDM Berhad, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Mengulas lanjut Mohamat berkata, setiap loji biogas akan menghasilk­an dua megawatt (MW) elektrik untuk disalurkan ke grid Tenaga Nasional (TNB) dengan anggaran janaan pendapatan TDM berjumlah RM28 juta selama 16 tahun.

Selain itu, menurut Mohamat pihaknya juga sedang bekerjasam­a dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penyelidik­an teknologi mikrob untuk mengurangk­an pembelian bahan tersebut dari pasaran luar.

“TDM Berhad mempunyai kilang pertama bio-organik automasi sepenuh di Semenanjun­g Malaysia. Kilang itu menggunaka­n teknologi peng- hasilan mikrob secara dalaman dan kedua selepas kilang baja organik di Sungai Tong.

“Kita sudah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) dengan UPM untuk tempoh lima tahun bagi membangunk­an teknologi ini dengan UPM akan berusaha memastikan projek ini mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berpuas hati terhadap perkembang­an TDM Berhad yang terus berkembang maju dan merangka pelbagai pelan perniagaan.

Beliau berkata kerajaan negeri mahu syarikat berkaitan kerajaan Terengganu menyumbang dalam meningkatk­an ekonomi negeri.

“Saya amat berbangga kerana TDM tersenarai antara 1,500 syarikat yang disenaraik­an di Bursa Saham Malaysia.

“Saya meletakkan prinsip Al- Qawwy dan Al-Amin menjadi teras kepada pengupayaa­n dan pembanguna­n sumber manusia atau modal insan kumpulan TDM,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia