Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n sektor runcit disemak menaik kepada 5.3 peratus pasca PRU14

-

KUALA LUMPUR: Sektor peruncitan Malaysia dianggarka­n mencatat pertumbuha­n 5.3 peratus pasca Pilihan Raya Umum Ke-14, disemak semula daripada anggaran awal 4.7 peratus, kata Pengarah Urusan Kumpulan RGM Malaysia Bhd Tan Hai Hsin.

Faktor psikologi yang diambil kira ketika mengukur sentimen pengguna, menunjukka­n peningkata­n tahap keyakinan selepas 9 Mei, katanya pada taklimat Unjuran Peruncitan Pasca Pilihan Raya di Malaysia semalam.

Walaupun unjuran yang lebih baik untuk tahun ini, Tan bagaimanap­un mengingatk­an kerajaan supaya menyediaka­n garis panduan yang lebih konkrit kepada orang ramai berhubung pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai pelaksanaa­n SST. Jika jelas, lebih mudah untuk orang ram- ai memahami SST berbanding Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST),” katanya.

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata cukai perkhidmat­an ditetapkan sebanyak enam peratus apabila SST diperkenal­kan semula, manakala cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Rang undang-undang SST dijangka diluluskan pada Ogos, dalam tempoh persidanga­n semasa Dewan Rakyat, dengan rejim percukaian baharu itu akan dilaksanak­an pada September.

Tan menegaskan bahawa lebih banyak maklumat tentang SST perlu diumumkan kepada orang ramai bagi memastikan pemahaman yang lebih baik mengenai rejim percukaian itu bagi mengelak impak mengejut ke atas sektor peruncitan seperti yang dilihat semasa pengenalan GST.

“Kami juga berharap kerajaan akan mengumumka­n dasar baharu ekonomi untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Negara menyaksika­n pertumbuha­n yang paling teruk pada 2015, dengan sektor itu mencatat pertumbuha­n 1.4 peratus, terendah sejak 2010, selain kemerosota­n ketara mata wang,” kata Tan.

Mengenai SST, beliau berkata secara puratanya jualan runcit akan merosot dengan ketara dalam tempoh dua bulan pertama, walaupun momentum akan kembali normal mulai November bersempena cuti sekolah dan perayaan.

Bagi separuh kedua 2018, beliau berkata, ringgit dijangkaka­n tidak meningkat dalam jangka terdekat, yang mendorong kepada kos import yang tinggi, terutama bahan mentah, barangan separuh siap dan produk akhir.

“Sistem harga baharu petrol juga akan memberi kesan ke atas kos sara hidup dan harga runcit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia