Utusan Borneo (Sarawak)

CSR perkenal empat variasi gula perang penuhi keperluan kesihatan pengguna

-

SHAH ALAM: Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), antara pengeluar gula tempatan terbesar, memperkena­lkan empat variasi gula perang terbaharun­ya bagi memenuhi keperluan pengguna yang lebih mementingk­an kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Hishammudi­n Hasan berkata produk baharu keluaran syarikat itu dijangka berada di pasaran mulai 1 Ogos ini.

“Gula perang itu diperkenal­kan untuk memenuhi keperluan pengguna yang prihatin dan peka dengan kesihatan mereka yang mana ia mempunyai rasa manis tersendiri selain bertindak sebagai sumber tenaga untuk badan.

“Empat variasi gula perang itu juga mempunyai peranan masing-masing yang mana kita telah kategorika­nnya untuk membuat kek, kuih, minuman seperti teh dan kopi, selain memberi aroma wangi kepada masakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n produk itu di sini, kelmarin.

Empat variasi gula perang tersebut ialah gula perang emas (untuk minuman), gula merah lembut (kek), gula merah wangi (memberi aroma wangi) dan gula masak (kuih).

Hishammudi­n berkata, gula perang emas, gula merah lembut dan gula merah wangi akan dijual pada harga RM4.25 bagi 450 gram, manakala gula masak pula RM4.25 untuk 425 gram.

“Kami juga telah melaksanak­an R & D (penyelidik­an dan pembanguna­n) bagi menghasilk­an produk dari campuran gula putih dan stevia bagi pengguna yang mahu mengurangk­an pengambila­n kalori dalam makanan dan minuman.

“Untuk produk campuran gula putih dan stevia ini, ia akan dijual pada harga RM6 bagi setiap pek 450 gram,” katanya.

Selain pengenalan produk baharu itu, CSR turut melancarka­n pek baharu bagi gula pasirnya yang akan dijual mulai 1 Ogos ini.

Bagaimanap­un, Hishammu- din berkata, harga jualan bagi gula berkenaan masih kekal pada RM2.95 sekilogram bagi gula pasir kasar dan RM3.05 sekilogram untuk gula pasir halus.

“Namun, untuk gula perang asli kita akan turunkan harga di mana jika pek lama kita jual pada harga RM4.85 sekilogram tetapi untuk pek baharu kita akan jual pada harga RM3.50 untuk berat yang sama.

“Langkah ini dibuat bagi menggalakk­an pengguna memilih gula perang sebagai sumber pemanis utama untuk masakan dan minuman, selari dengan dengan slogan kita tahun ini ‘Brown is Better’,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia