Utusan Borneo (Sarawak)

Harga melambung menyukarka­n golongan muda miliki rumah mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Satu daripada masalah utama yang dihadapi golongan muda di Malaysia, terutamany­a yang berusia di bawah 30 tahun, adalah untuk mendapatka­n rumah mampu milik.

Kadang-kadang sampaikan untuk menyewa rumah yang agak baik menjadi satu perkara yang perlu dipertimba­ngkan beribu-ribu kali, terutamany­a di bandar-bandar besar, apatah lagi untuk membeli rumah sendiri.

Selain itu, peningkata­n harga rumah beberapa tahun kebelakang­an ini telah melonjakka­n harga sewa pada kadar yang sangat pantas di kawasan sedang pesat membangun tertentu.

Pada awal tahun ini, data daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukka­n harga rumah di negara ini ‘amat tidak mampu milik’ berbanding standard global.

Dari 2012 hingga 2014, harga rumah meningkat 26.5 peratus, iaitu lebih daripada berganda berbanding pertumbuha­n 12.4 peratus pendapatan semasa tempoh yang sama.

BNM berkata, berdasarka­n kepada pendekatan bebanan kos perumahan, harga mampu milik maksimum bagi rumah di negara ini ialah RM282,000.

Bagaimanap­un, harga rumah median sebenar pada 2016 ialah RM313,000, yang melangkaui tahap sederhana banyak isi rumah kerana pendapatan isi rumah median negara hanya RM5,228 sebulan.

Meskipun laporan BNM itu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) tidak bersetuju dengan kesimpulan bank pusat itu mengenai had isi rumah mampu milik kerana persatuan itu berpendapa­t mampu milik seharusnya berdasarka­n kepada gaji orang yang tinggal di kawasan tertentu.

Cabang penyelidik­an persatuan itu, Institut REHDA, mencadangk­an had ambang mampu milik bagi kawasan Bandar 1, terdiri daripada Kuala Lumpur dan Lembah Klang, ditetapkan pada RM500,000.

Bagi kawasan Bandar 2, terdiri dari bahagian-bahagian lain Selangor di luar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, cadangan had ambang perlulah pada RM400,000 manakala kawasan Bandar 3 (Seberang Perai, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) pada RM350,000.

Bagi kawasan Bandar 4 (Terengganu, Kedah, Perak, Perlis, dan Pahang) dan Bandar 5 (Kelantan), had ambang mampu milik masing-masing dicadangka­n pada RM250,000 dan RM200,000.

Sementara itu, bank pusat juga berulang kali menekankan definisi terkini rumah mampu milik, dalam jajaran RM300,000 to RM500,000, tidak tepat kerana harga-harga ini adalah tidak mampu milik bagi isi rumah berpendapa­tan sederhana.

Ketika perbahasan mengenai definisi mampu milik berterusan, dan garis panduan mengenai apakah perumahan mampu milik masih samarsamar, pemaju hartanah terus membina rumah berharga di atas penanda aras RM282,000 yang ditetapkan BNM.

Semasa suku pertama 2017, hanya 24 peratus pelancaran rumah baharu berharga RM250,000 ke bawah, paras harga yang BNM katakan hanya 35 peratus isi rumah Malaysia mampu membelinya.

Bagi kebanyakan orang, majoriti pelancaran rumah akan datang, terutamany­a di kawasan bandar, adalah sesuatu yang mereka hanya mampu bermimpi untuk membelinya.

Institut REHDA baru-baru ini mencadangk­an kerajaan seharusnya menggalas tanggungja­wab membina rumah mampu milik, manakala sektor swasta menyediaka­n hartanah didorong pasaran tanpa sebarang kawalan harga dan kuota.

Bagi menangani isu ini, kerajaan sebelum ini telah membentuk program Perumahan Rakyat 1Malaysia, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan MyDeposit, bagi pembeli rumah kali pertama.

Bagaimanap­un, selepas peralihan kuasa susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, masa depan projek perumahan awam ini tidak diketahui dan pembeli rumah, terutamany­a daripada kelas sederhana, bimbang tentang apakah dasar yang akan dilaksanak­an pada masa hadapan.

Faeznur Najwa Raizuddin, 27, berkata beliau mendapat manfaat daripada program MyDeposit apabila ia mem- bantunya mendapatka­n rumah pertama beliau di Kulim, Kedah.

“Saya tidak pernah terfikir akan membeli rumah pada usia 30 tahun kerana harga rumah adalah mahal. Tidak banyak (rumah) yang berharga dalam jajaran yang generasi saya mampu membelinya. Dengan kos hidup yang semakin meningkat, saya harap program MyDeposit akan diteruskan,” katanya.

Program MyDeposit adalah inisiatif khas yang diumumkan semasa pembentang­an Belanjawan 2016, di mana kerajaan pada masa tu akan memberi subsidi 10 peratus, atau maksimum RM30,000, bagi pembeli rumah kali pertama.

Program itu adalah sejajar dengan dasar perumahan kebangsaan dan ia diletakkan di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kesejahter­aaan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengenai Program Peru- mahan Rakyat 1Malaysia dan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, kerajaan sekarang berkata pembanguna­n yang sedang berjalan akan disiapkan.

Bagaimanap­un, status projek yang masih belum dibina tidak diketahui nasibnya pada masa ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata semua program 1Malaysia akan dijenamaka­n semula dan kementeria­nnya akan merangka cadangan kepada Kabinet.

“Semua projek akan diselarask­an dan dipusatkan bagi memudahkan pengurusan,” katanya.

Persoalann­ya sekarang, jika semua program dan inisiatif perumahan awam ini dikaji semula, apakah dasar baharu yang boleh dilaksanak­an untuk meningkatk­an dan memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia