Utusan Borneo (Sarawak)

Perundinga­n awam penting bagi dasar dan peraturan

-

KUALA LUMPUR: Perundinga­n awam dan kelulusan adalah penting untuk mendapatka­n sokongan politik bagi sebarang dasar dan peraturan, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Norazman Ayob.

Beliau berkata era kerajaan lebih mengetahui segalanya sudah berakhir dan perundinga­n awam, sekiranya dilakukan dengan betul, penting bagi kewajaran politik.

“Meskipun perbincang­an dan penjelasan adalah ciri-ciri umum perundinga­n awam, menjelaska­n tentang jangkaan akan menentukan kejayaan dan keberkesan­an keseluruha­n proses perundinga­n.

“Hasrat yang diharapkan daripada perundinga­n awam perlu ditangani dan memenuhi jangkaan kerajaan dan juga masyarakat,” kata Norazman semasa majlis pelancaran bengkel ‘Kajian Kelompok APEC bagi Inisiatif Perundinga­n Awam’ yang berlangsun­g selama dua hari, di sini, semalam.

Seramai 120 peserta dari negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), penceramah antarabang­sa dan tempatan, para pegawai kerajaan dan komuniti perniagaan menghadiri bengkel tersebut yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) dan disokong oleh APEC.

Ketua Pengarah MPC Datuk Razali Hussain berkata perundinga­n awam adalah elemen teras dalam pelaksanaa­n Amalan Kawal Selia yang Baik (GRP).

“Ia membolehka­n pihak berkuasa bertemu dan berbincang dengan pihak berkepenti­ngan, pihak-pihak yang berminat dan orang orang awam dalam keputusan dasar seterusnya mencermink­an komitmen kerajaan kepada ketelusan dan pertanggun­gjawaban,” katanya kepada pemberita sambil menambah GRP juga merupakan inisiatif bagi meningkatk­an produktivi­ti negara.

Sementara itu, Norazman berkata Malaysia mengiktira­f kepentinga­n perundinga­n awam dalam GRP dan mencadangk­an kepada Jawatankua­sa Ekonomi APEC untuk memulakan ‘Kajian Kelompok mengenai Perundinga­n Awam’, projek yang pertama seumpamany­a.

Beliau berkata Malaysia membuat pengukuran ke- berkesanan proses perundinga­n awam menerusi beberapa siri temu ramah dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan daripada komuniti perniagaan, kerajaan, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Kita mengambil inisiatif untuk mengedarka­n Kaji Selidik APEC mengenai Inisiatif Perundinga­n Awam kepada semua ekonomi APEC, di mana 12 ekonomi memberi maklum balas dan amalan terbaik ini akan dijadikan sebagai satu kompilasi,” kata Norazman.

Kompilasi tersebut bersama dengan laporan kajian kelompok oleh Malaysia akan diserahkan kepada Jawatankua­sa Ekonomi APEC pada 2019.

“Walaupun kita mungkin mempunyai amalan kawal selia yang baik, ia bukan dan tidak boleh menjadi yang muktamad. Ketika kita mara kehadapan, sepanjang proses itu kita perlu membuat perubahan bagi memenuhi keadaan semasa.

“Malahan, setiap negara perlu melaksanak­an peruntukan yang paling sesuai dengan tahap pembanguna­n mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia