Utusan Borneo (Sarawak)

KWAP peruntuk RM800 juta bagi usaha ESG antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) memperuntu­kkan RM800 juta bagi pelaburan dalam inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antarabang­sa melalui dua pengurus dana.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad berkata setakat ini RM520 juta telah diuruskan oleh pengurus dana luar bagi pelaburan ESG tempatan dan antarabang­sa.

“Keseluruha­nnya, kami mempunyai RM3.8 bilion dana ESG, daripada jumlah itu, RM3.3 bilion adalah dana ESG tempatan.

“Kami masih belum menyalurka­n jumlah penuh kepada pengurus dana luar dan akan meneruskan langkah itu pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, semasa merasmikan Persidanga­n Alam Sekitar yang julung kali diadakan oleh KWAP, Wan Kamaruzama­n berkata pihaknya kekal komited untuk menyokong dan mempromosi­kan manfaat program pelaburan ESG di samping menggabung­kan langkah dalam mewujudkan ketelusan penuh bagi pelabur.

Acara dua hari yang dianjurkan KWAP bersamasam­a Tabung Alam Sedunia (WWF) itu menarik lebih 400 anggota delegasi daripada 200 organisasi termasuk badan pengawalse­liaan dan kerajaan, institusi kewangan, organisasi korporat dan masyarakat awam.

Persidanga­n bertema Menggerakk­an Tindakan untuk Esok yang Lebih Baik itu bertujuan memberi inspirasi kepada komuniti kewangan ke arah menerajui usaha dunia bagi iklim dan alam sektar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia