Utusan Borneo (Sarawak)

RAM Ratings jangka inflasi keseluruha­n 1.9% pada Jun

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkak­an kadar inflasi keseluruha­n Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada Jun 2018 berbanding 1.8 peratus pada Mei 2018 walaupun Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar peratus pada bulan yang sama.

Agensi penarafan itu berkata Jun secara konservati­fnya dianggarka­n membawa penurunan inflasi keseluruha­n 0.4 mata peratusan namun dijejaskan oleh peningkata­n inflasi bahan api pengangkut­an yang lebih besar.

“Harga purata bahan api RON95 naik 9.9 peratus (Mei: 5.1 peratus), ekoran kesan asas rendah yang ketara, dengan harga pada purata RM2 seliter pada Jun 2017 berbanding RM2.09 pada Mei 2017.

“Harga RON95 diunjurkan kekal tidak berubah pada RM2.20 seliter dalam keadaan pengembali­an semula subsidi, sehingga sistem yang lebih bersasar diperkenal­kan,” menurut agensi itu dalam kenyataan kelmarin.

RAM Ratings berkata memandangk­an harga purata susut kepada RM1.97 seliter pada Julai 2017, kesan asas rendah yang lebih kukuh dijangka meningkatk­an semula tekanan inflasi komponen tersebut pada Julai 2018.

Sementara itu, agensi tersebut berkata pengguna bukan kediaman (sektor perniagaan dan perindustr­ian) berdepan tarif elektrik lebih tinggi sejak 1 Julai susulan pelaksanaa­n caj tambahan 1.35 sen/kWh ke atas purata tarif asas 39.45 sen/kWh mulai Julai hingga Disember 2018.

Ketua Penyelidik­an, Kristina Fong berkata pengguna kediaman dijangka tidak mengalami sebarang kesan memandangk­an caj tambahan itu akan dibiayai oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), dana yang ditubuhkan untuk menguruska­n kesan tarif elektrik ke atas pengguna.

“Oleh itu, inflasi pengguna keseluruha­n dijangkaka­n tidak terjejas secara langsung susulan semakan semula ini.

“Bagaimanap­un, ada kemungkina­n kecil wujud tekanan inflasi pusingan kedua daripada pindaan tarif ini sekiranya kenaikan kos elektrik bagi perniagaan dilepaskan,” katanya.

RAM Ratings berkata kesan caj tambahan elektrik akan dikurangka­n dengan penjimatan terkumpul daripada GST yang berkadar sifar peratus bagi bil elektrik dan kos dalam menjalanka­n perniagaan, sekali gus mengurangk­an keperluan untuk syarikat menaikkan harga.

“Selain itu, kecenderun­gan perniagaan melepaskan kos penuh kepada pengguna adalah rendah setakat ini seperti yang dilihat dalam kenaikan tarif gas asli dan pengenaan levi pekerja asing ke atas majikan tahun ini,” menurut agensi tersebut.

Bagi setahun penuh 2018, RAM Ratings mengunjurk­an inflasi keseluruha­n pada purata 1.5 peratus susulan pemberian semula subsidi bahan api, harga lebih rendah selepas GST berkadar sifar peratus serta trajektori pertumbuha­n rendah berterusan bagi harga makanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia