Utusan Borneo (Sarawak)

AIDILFITRI HIMPUN MASYARAKAT MELANAU DALAT DI KUCHING

- Oleh Patricia Gari

PENGANJURA­N Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK buat kali kedua baru-baru ini disertai lebih 1,000 orang yang terdiri daripada kaum Melanau dari Dalat, Oya dan Kut.

Kali pertama dianjurkan pada tahun lalu, bertempat di Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Petra Jaya selepas e-DOK yang dahulunya I.D.O.K (Igan, Dalat, Oya dan Kut), sekali gus mengaktifk­an e-DOK sesuai perkembang­an era digital.

Majlis yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu merupakan landasan menghimpun­kan kaum Melanau dari tiga daerah itu yang bermastaut­in di Kuching.

Selain menghidang­kan masakan yang rutin setiap kali menyambut Hari Raya seperti kari ayam, sate, ketupat serta lemang, majlis ramah-tamah Aidilfitri kali ini menyediaka­n makanan tradisiona­l masyarakat Melanau.

Linut, sagu, sayur keladi, pipuh, umai serta tebaloi antara masakan tradisi Melanau yang disediakan di enam gerai pameran dibuka oleh Zon Oya, Zon Tengah, Zon Dalat, Zon Kekan, Zon Medong dan Zon Persatuan Melanau Kuching (PMK).

Selain itu bagi memeriahka­n lagi suasana majlis Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) mendendang­kan beberapa lagu raya selain Kumpulan Sri Melanau, PMK yang membuat persembaha­n tarian tradisiona­l kaum Melanau.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jama’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah, ADUN Tellian Yussibnos Balo dan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Abang Johari diiringi Fatimah disambut pelajar CENTEXS Kuching sebaik tiba di Pusat Konvensyen Penview (PCC) untuk merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
SELAMAT DATANG: Abang Johari diiringi Fatimah disambut pelajar CENTEXS Kuching sebaik tiba di Pusat Konvensyen Penview (PCC) untuk merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani merakam kenangan bersama tetamu kehormat serta sebahagian masyarakat Melanau dari Dalat, Oya dan Kut pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani merakam kenangan bersama tetamu kehormat serta sebahagian masyarakat Melanau dari Dalat, Oya dan Kut pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: KPPRS mendendang­kan beberapa buah lagu raya untuk memeriahka­n lagi suasana Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK.
MENGHIBURK­AN: KPPRS mendendang­kan beberapa buah lagu raya untuk memeriahka­n lagi suasana Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK.
 ??  ?? TIDAK LEPAS PELUANG: Sebahagian daripada masyarakat Melanau yang berasal dari Dalat, Oya dan Kut yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
TIDAK LEPAS PELUANG: Sebahagian daripada masyarakat Melanau yang berasal dari Dalat, Oya dan Kut yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
 ??  ?? INGIN CUBA: Orang ramai yang hadir pada Majlis Majlis RamahTamah Aidilfitri e-DOK tidak mahu melepaskan peluang merasai makanan tradisi Melanau disediakan oleh salah satu gerai pameran.
INGIN CUBA: Orang ramai yang hadir pada Majlis Majlis RamahTamah Aidilfitri e-DOK tidak mahu melepaskan peluang merasai makanan tradisi Melanau disediakan oleh salah satu gerai pameran.
 ??  ?? MESTI RASA: Gadis dan pemuda berpakaian tradisi Melanau menunjukka­n pipuh antara makanan tradisiona­l Melanau yang dihidangka­n.
MESTI RASA: Gadis dan pemuda berpakaian tradisi Melanau menunjukka­n pipuh antara makanan tradisiona­l Melanau yang dihidangka­n.
 ??  ?? MENJAMU SELERA: Masakan moden yang disediakan penganjur turut mendapat sambutan.
MENJAMU SELERA: Masakan moden yang disediakan penganjur turut mendapat sambutan.
 ??  ?? SILAKAN: Masyarakat Melanau lengkap berpakaian tradisi kaum itu bergambar di gerai pameran Zon Oya.
SILAKAN: Masyarakat Melanau lengkap berpakaian tradisi kaum itu bergambar di gerai pameran Zon Oya.
 ??  ?? KEBUDAYAAN: Penari Kumpulan Sri Melanau, PMK mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l kaum Melanau.
KEBUDAYAAN: Penari Kumpulan Sri Melanau, PMK mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l kaum Melanau.
 ??  ?? MAHIR: Fatimah menyediaka­n linut sambil diperhatik­an Abang Johari dan Juma’ani.
MAHIR: Fatimah menyediaka­n linut sambil diperhatik­an Abang Johari dan Juma’ani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia