Utusan Borneo (Sarawak)

Teater ‘Tanah Akhirku’ dipentaska­n Ogos Ini

-

IA merupakan drama sejarah yang dimanisman­iskan mengenai kisah cinta dan kehidupan tingkat atas-tingkat bawah di sebuah estet desa Inggeris yang menikmati kejayaan yang memeranjat­kan di keduadua bahagian Lautan Atlantik - dan sekarang ia sudah kembali.

Filem ‘Downton Abbey’ sedang diusahakan.

“Kami teruja untuk mengumumka­n ‘Downton Abbey’ akan muncul di skrin besar,” tweet siri televisyen itu pada Jumaat lepas. Penerbitan filem itu bermula pada musim panas ini.

Siri televisyen enam musim itu bersiaran di ITV di Britain dari 2010 hingga 2015, dan di Amerika Syarikat (AS) di Masterpiec­e PBS.

Di AS, ia memenangi tiga anugerah Golden Globe, 15 Anugerah Emmy waktu perdana dan mempunyai pengikut yang begitu ramai, dan menjadi siri televisyen bukan AS yang menerima paling banyak pencalonan dalam sejarah anugerah Emmy.

Ia menceritak­an tentang kisah hidup keluarga Crawley, yang diketuai Earl of Grantham, dan para pembantu rumah mereka tatkala mereka mengharung­i masa yang berubah daripada zaman kegemilang­an aristokras­i British di bawah Raja Edward, hingga kepada Perang Dunia Pertama dan zaman 1920an yang begitu berjaya.

Barisan pelakon utama yang asal, termasuk Maggie Smith, Michelle Dockery dan Hugh Bonneville, dijangka akan melakonkan semula watak masing-masing dalam penerbitan skrin besar, laman sesawang berita hiburan Hollywood, Deadline, melaporkan.

Penciptany­a Julian Fellowes sudah menulis lakon layar dan akan sama-sama menerbitny­a, tambahnya. Highclere Castle di England dijangka akan kembali sebagai takhta keluarga.

‘Downton Abbey’ menjadi salah satu eksport drama terbesar dalam sejarah Britain dengan audiens antarabang­sa sekitar 120 juta orang.

Siri televisyen itu berakhir pada 1926 ketika si anak perempuan Edith Crawley berkahwin dan menduduki tempat yang lebih tinggi daripada anggota keluarga lain, saudarinya Mary menunggu kelahiran anak keduanya, dan ketua pembantu rumah dan pembantu rumah wanita, Bates dan Anna, menyambut anak pertama mereka.

Syarikat yang berpangkal­an di New York, Focus Features, sudah menetapkan penerbitan untuk tayangan di panggung dengan Carnival Films yang berpangkal­an di Britain.

“Ia adalah impian kami untuk membawa sebuah filem kepada jutaan peminat global dan sekarang, selepas menjajarka­n ramai bintang, kami akan memulakan penerbitan tidak lama lagi,”

kata Gareth Neame selaku pengerusi eksekutif Carnival.

“Kami teruja untuk menyertai kumpulan pembuat filem, pelakon dan tukang yang luar biasa ini, yang diketuai Julian Fellowes dan Gareth Neame, untuk membawa balik dunia Downton ke skrin besar,” kata pengerusi Focus, Peter Kujawski.

Belum ada jalan cerita yang telah didedahkan dan tarikh keluar juga belum diumumkan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? BERJAYA DAN DIIKTIRAF: Pencipta ‘Downton Abbey’ Julian Fellowes bergambar bersama aktres Elizabeth McGovern dan produser televisyen British Gareth Neame selepas memenangi ‘Internatio­nal Emmy Founders Award’ di belakang pentas semasa Internatio­nal Emmy Awards Gala yang ke-43 di Manhattan, New York pada 23 November 2015. BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Penelope Wilton, Elizabeth McGovern, Michelle Dockery, Laura Carmichael dan Joanne Froggatt semasa satu sesi bergambar di Beverly Hills, California pada 21 Ogos 2015.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters BERJAYA DAN DIIKTIRAF: Pencipta ‘Downton Abbey’ Julian Fellowes bergambar bersama aktres Elizabeth McGovern dan produser televisyen British Gareth Neame selepas memenangi ‘Internatio­nal Emmy Founders Award’ di belakang pentas semasa Internatio­nal Emmy Awards Gala yang ke-43 di Manhattan, New York pada 23 November 2015. BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Penelope Wilton, Elizabeth McGovern, Michelle Dockery, Laura Carmichael dan Joanne Froggatt semasa satu sesi bergambar di Beverly Hills, California pada 21 Ogos 2015.
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PELAKON UTAMA: Gambar fail menunjukka­n Maggie Smith semasa sidang media di sebuah hotel di London, Britain pada 13 Ogos 2015.
— Gambar Reuters PELAKON UTAMA: Gambar fail menunjukka­n Maggie Smith semasa sidang media di sebuah hotel di London, Britain pada 13 Ogos 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia