Utusan Borneo (Sarawak)

BCF 2018 bermula esok

Ia promosi keindahan etnik Borneo, saji tarian, muzik, permainan, makanan tradisiona­l

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2018, acara pelanconga­n terbesar di daerah ini bermula dari 19 hingga 28 Julai ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Rogayah Jamain berkata, majlis perasmiann­ya akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 20 Julai jam 8.15 malam.

Katanya selain mempromosi­kan keindahan dalam kepelbagai­an etnik di Pulau Borneo, skop utama BCF adalah menyajikan masyarakat Sarawak khasnya di Sibu yang berasal daripada etnik dan latar belakang berbeza dengan acara tarian, muzik, permainan dan makanan tradisiona­l.

“BCF 2018 yang berlangsun­g selama seminggu bermula jam 6 petang hingga 10.30 malam setiap hari.

“Seperti penganjura­n terdahulu, BCF masih mengekalka­n tiga pentas iaitu Melayu/Melanau, Dayak dan Cina bagi menganjurk­an acara kebudayaan mereka.

“Cuma dari segi pengisian atur cara yang berubah kerana ketiga-tiga pentas ini akan

“Seperti penganjura­n terdahulu, BCF masih mengekalka­n tiga pentas iaitu Melayu/Melanau, Dayak dan Cina bagi menganjurk­an acara kebudayaan mereka. ” Rogayah Jamain Timbalan Pengerusi MPS

menampilka­n beberapa program baharu,” katanya semasa mengadakan sidang media semalam.

Menurut Rogayah, penganjura­n BCF kali ini akan dimulakan dengan acara perarakany­angmanapih­aknya menyasarka­n penyertaan kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

Ujarnya acara tersebut akan bermula pada jam 5.30 petang di mana para peserta akan berkumpul di Jalan Bujang Suntong, berhampira­n Gerbang BCF sebelum mula berarak jam 6.15 petang.

Sementara itu, Sibu Tradex 2018 juga diadakan di Dataran Sibu Fasa II pada tarikh yang sama dengan memaparkan pelbagai produk perusahaan kecil dan sederhana, barang runcit, makanan dan minuman serta kraf tangan.

Justeru orang ramai dijemput datang beramairam­ai mengunjung­i BCF 2018 bagi memeriahka­n lagi suasana.

 ??  ??
 ??  ?? SAKSIKAN BCF 2018: Rogayah (tujuh kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjura­n BCF 2018 merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan sidang media semalam.
SAKSIKAN BCF 2018: Rogayah (tujuh kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjura­n BCF 2018 merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia