Utusan Borneo (Sarawak)

DNA MENUNJUKKA­N FITRI PELAKU KES BUNUH BILL KAYONG: PENDAKWA

-

MIRI: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu berdasarka­n penemuan DNA pada sarung senapang dan topeng muka yang sepadan dengan DNA tertuduh pertama, Mohamad Fitri Pauzi, jelas menunjukka­n bahawa Fitri adalah pelaku dalam kes bunuh Bill Kayong.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif menegaskan demikian dalam penggulung­an hujahnya pada akhir kes pembelaan Fitri yang dituduh membunuh aktivis sosial terbabit pada 21 Jun 2016.

Justeru, Nisla memohon kepada mahkamah agar menyabitka­n tertuduh dengan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mengenakan hukuman yang setimpal terhadapny­a.

Terdahulu, mahkamah menetapkan semalam untuk mendengar hujah akhir daripada kedua-dua pihak pendakwa dan peguambela tertuduh.

Setelah mendengar hujah terakhir daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Ravinthran N. Paramaguru kemudian menetapkan 10 Ogos depan untuk membuat keputusan kes.

Manakala, tertuduh diperintah­kan ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Fitri, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n pasar raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Sementara itu di dalam hujahannya, Nisla terlebih dahulu telah membuat hujah balas berhubung dua isu yang dibangkitk­an pihak pembelaan pada sebutan kes yang lalu berkaitan senapang patah dan peluru dalam kes tersebut.

Beliau memberitah­u pihak pembelaan langsung tidak mencabar keterangan saksi ke-25, Lau Lee Shen berhubung tarikh Fitri mengambil senapang patah yang disimpan di rumah Lau pada petang 30 Mei 2016 dan mengembali­kannya semula kepada Lau pada awal pagi 31 Mei 2016.

Menurut beliau, tarikh itu dapat diingati oleh saksi dengan jelas kerana keesokanny­a (1 Jun 2016) merupakan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak.

Selain itu katanya, berdasarka­n penemuan DNA pada sarung senapang dan topeng muka yang sepadan dengan DNA Fitri, jelas menunjukka­n bahawa Fitri yang merupakan tertuduh pertama merupakan pelaku (pembunuh) dalam kes ini.

Pada kes pembelaan itu, Fitri diwakili peguambela Ranbir Singh, Orlando Chua dan Arthur Lee.

Hadir sama Majen Panyog selaku peguam pemerhati bagi keluarga Bill.

 ??  ?? MASIH MENANTI: Sebahagian daripada ahli keluarga Bill Kayong yang hadir di mahkamah semalam untuk mengikuti perkembang­an kes berkenaan.
MASIH MENANTI: Sebahagian daripada ahli keluarga Bill Kayong yang hadir di mahkamah semalam untuk mengikuti perkembang­an kes berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia