Utusan Borneo (Sarawak)

‘BOSAN’ RUJUK SARRI TENTANG PASARAN PERPINDAHA­N •

Pengurus baharu Chelsea itu menegaskan masa depan Hazard, Courtois ditentukan lembaga pengarah kelab

-

LONDON, England: Masa depan bintang Chelsea, Eden Hazard dan Thibaut Courtois boleh ditentukan oleh lembaga pengarah kelab, kata pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri Rabu lepas.

Pengurus berusia 59 tahun dari Itali itu, ketika bercakap semasa pengenalan beliau sebagai pengganti Antonio Conte, mengakui tidak tertarik dengan pasaran perpindaha­n pemain.

Ia pastinya berita baik untuk pengurusan kelab kerana salah satu punca perhubunga­n renggang dengan Conte ialah desakan membeli pemain baharu selepas membimbing kelab memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun lepas.

Hazard dan Courtois menyerlah bersama Belgium di Piala Dunia 2018 di Rusia – dengan Courtois dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan ketika Belgium menamatkan kejohanan di tempat ketiga – pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia – tetapi dengan kontrak semasa mereka menghampir­i penamat, satu perpindaha­n ke Sepanyol menjadi agenda utama.

Hazard berkata selepas Belgium menewaskan England 20 untuk mengesahka­n tempat ketiga di Piala Dunia di mana “ia mungkin masa yang sesuai untuk mencari sesuatu yang berbeza,” dan Real Madrid dilaporkan bersedia membayar sekitar 200 juta pound untuk pemain tengah itu.

Sarri, yang membina reputasi dengan membimbing Napoli muncul naib juara Serie A sebanyak dua kali dan sekali di tangga ketiga, berkata sudah tentu ia adalah lebih bagus untuk mengekalka­n pemain terbaik kelab.

“Jelas sekali kami sentiasa mahu mengekalka­n pemain terbaik,” kata Sarri, yang memulakan kata-kata dalam bahasa Inggeris sebelum beralih ke bahasa Itali supaya beliau “tidak tersilap maksud”.

“Ini adalah apa yang mahu dilakukan oleh mana-mana pengurus, juga apa yang dimahukan oleh mana-mana kelab.

“Kemudian kita akan lihat bagaimana pasaran perpindaha­n pemain dalam beberapa hari akan datang. Saya fikir saya adalah salah seorang jurulatih yang bosan dengan pasaran perpindaha­n.

“Saya tidak mahu bercakap tentang pasaran perpindaha­n dan saya tidak berminat.”

Sarri menggambar­kan Hazard sebagai salah seorang dari dua atau tiga pemain terbaik di Eropah dan berkata beliau mahu bertemu secara berse- muka dengan pemain itu.

Hazard bagaimanap­un ketika ini sedang bercuti dan Sarri mengakui dengan hanya menelefon pemain tidak mencukupi.

“Satu perbualan telefon tanpa melihat mereka secara bersemuka tidak akan memberikan saya sesuatu yang pasti,” kata Sarri.

“Saya mahu bertemu dengan mereka secara bersemuka. Saya juga mahu seorang pemain datang ke padang latihan empat atau lima hari dengan idea yang jelas.”

Sarri berkata beliau mengisi ja- w a t a n d i

C h e l s e a dengan fikiran terbuka dan memilih untuk tidak bertanya kepada pengganti beliau di Napoli yang juga bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti untuk sebarang nasihat atau maklumat tentang jawatan yang sering bertukar milik sejak Roman Abramovich membeli kelab itu pada 2003.

“Apa pun, bagi saya ini adalah satu cabaran sukar tetapi menarik,” kata beliau.

“Saya tahu ia adalah sangat sukar dan di sini kami mempunyai barisan pengurus terbaik dunia dan juga ramai pemain hebat dunia. Saya tahu ia adalah cabaran yang san

gat sukar bagi saya. “Saya tidak bertanya kepada sesiapa pun.”

Walaupun tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sebagai jurulatih, Sarri diumumkan sebagai jurulatih terbaik Serie A pada musim 2016/2017 dan memuji Conte di atas apa yang beliau capai sepanjang dua tahun di kelab.

Conte memenangi trofi Piala FA untuk Chelsea musim lepas tetapi gagal membawa pasukan layak ke Liga JuaraJuara.

“Ini adalah masa pasca Piala Dunia,” kata Sarri. “Ia akan mengambil sedikit masa untuk membina cara bermain.

“Semua perkara baik dilakukan Antonio Conte harus dikekalkan. Ia tidak perlu diubah.” Pada hari yang sama, bekas b i n t a n g Chelsea, G i a n - f r a n c o tujuh tahun sebagai pemain apabila diumumkan sebagai penolong Sarri, menurut kelab Stamford Bridge itu. Zola, 52, bermain untuk Chelsea dari 1996 hingga 2003, menjaringk­an 80 gol termasuk gol kemenangan di final Piala Juara Antara Juara Eropah pada 1998. Beliau juga memenangi Piala Super, Dua Piala FA dan satu Piala Liga Inggeris bersama Chelsea. “Bagi saya, ia sesuatu yang hebat. Saya sangat bersedia untuk bekerja keras kerana ia adalah satu cabaran yang sangat sukar tetapi saya berasa gembira untuk berada di sini dan untuk bekerja keras bersama Maurizio untuk mencapai kejayaan,” kata Zola. “Saya akan memberikan segala-galanya untuk kelab, sama seperti ketika saya sebagai pemain.” Zola juga pernah bermain untuk Napoli dan Parma dan membuat 35 penampilan bersama pasukan kebangsaan Itali. Sebagai jurulatih, beliau pernah membimbing West Ham United, Watford dan Birmingham City, yang ditinggalk­an pada April 2017 dengan pasukan berada di atas zon penyingkir­an. — AFP

“Jelas sekali kami sentiasa mahu terbaik. ” mengekalka­n pemain Maurizio Sarri Pengurus baharu Chelsea

 ??  ??
 ??  ?? Zola, kembali ke kelab selepas m e n g - habiskan HAZARD
Zola, kembali ke kelab selepas m e n g - habiskan HAZARD
 ?? — Gambar Reuters ?? PENGGANTI CONTE: Sarri memberikan ‘pose’ istimewa bersama jersi Chelsea selepas sidang media di Stamford Bridge, London kelmari. COURTOIS
— Gambar Reuters PENGGANTI CONTE: Sarri memberikan ‘pose’ istimewa bersama jersi Chelsea selepas sidang media di Stamford Bridge, London kelmari. COURTOIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia