Utusan Borneo (Sarawak)

RWMF SENTIASA DINANTI-NANTIKAN PEMINAT DARI SERATA DUNIA •

- Oleh Henrietta Liza

KELAINAN program dan susun atur aktiviti pada Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Ke-21 hujung minggu lepas menambat hati pengunjung untuk sentiasa kembali.

Eline Siccama, 29, dari Holland mengakui sejak menyertai RWMF pada 2015, 2017 dan tahun ini ia membuatkan beliau seolah-olah ketagih kepada acara itu.

“Ia sungguh menakjubka­n kerana ia berlaku di Borneo dan berjaya menarik banyak pengunjung dari merata tempat di dunia untuk ke mari.

“Paling unik ialah walaupun tahun ini merupakan kali ketiga datang untuk menyertai RWMF tetapi saya sentiasa rasa teruja dengan keunikanny­a yang tersendiri.

“Sentiasa akan ada sesuatu yang baharu dan menjadi semakin baik daripada terdahulu dan banyak penambahba­ikan bagi kemudahan tandas awam,” katanya ketika ditemui pada malam akhir RWMF 2018 itu, baru-baru ini.

Beliau juga bersyukur kerana tahun ini tidak hujan seperti tahun sebelumnya.

Sementara itu, Alexander Okpere, 24, dari Nigeria berasa amat seronok untuk berada di konsert RWMF pada malam pertama, kedua dan ketiga.

“Tetapi yang paling menyeronok­kan ialah pada malam kedua kerana dapat merasakan tenaga muziknya di situ dengan kepadatan pengunjung.

“Tempat ini juga menyediaka­n pelbagai juadah makanan ringan atau berat dan juga minuman.

“Ini kerana selepas penat menari sudah tentu mahu memulihkan tenaga atau membeli snek,” katanya.

Beliau bagaimanap­un, berharap pentas persembaha­n selepas ini akan membawakan lebih lagi pemuzik dari Barat yang mungkin belum pernah disaksikan di sini.

Hari terakhir festival bermula dengan Band Balkanopol­is dengan penampilan istimewa Slobodan Trkuluja dari Serbia memukau pengunjung untuk menari dengan irama yang dimainkan.

Diikuti Band Shanren dari China yang memainkan alat muzik tradisiona­l masyarakat Cina yang membawakan irama reggae dan rock.

Festival diakhiri dengan kumpulan Combo Ginebra yang membawa irama salsa, merengue dan rumba, menyaksika­n pengunjung menari tanpa henti sehingga ke penghujung­nya.

 ??  ??
 ??  ?? ALEXANDER
ALEXANDER
 ??  ?? ELINE
ELINE
 ??  ?? MENGUJAKAN: Pengunjung RWMF Ke-21 memasang lampu neon di badan dan menyalakan lampu suluh telefon bimbit ketika menyaksika­n persembaha­n pada festival tersebut.
MENGUJAKAN: Pengunjung RWMF Ke-21 memasang lampu neon di badan dan menyalakan lampu suluh telefon bimbit ketika menyaksika­n persembaha­n pada festival tersebut.
 ??  ?? TUMPUAN: Slobodan Trkuluja dari Serbia memukau pengunjung untuk menari.
TUMPUAN: Slobodan Trkuluja dari Serbia memukau pengunjung untuk menari.
 ??  ?? MENAMBAT HATI: Band Shanren dari China membawakan irama reggae dan rock.
MENAMBAT HATI: Band Shanren dari China membawakan irama reggae dan rock.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia