Utusan Borneo (Sarawak)

SEIRING PERUBAHAN DUNIA

Dasar perlu relevan dengan landskap perniagaan semasa dan teknologi: KM

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dasar kerajaan Sarawak perlu berubah seiring dengan perubahan landskap perniagaan semasa dan peranan teknologi dalam sektor itu.

Beliau berkata, beberapa isu utama perlu dihadapi dalam perubahan tersebut termasuk membangunk­an ekonomi digital, perniagaan baharu wujud daripada perkembang­an teknologi, menambah nilai kepada produk sedia ada dan pembanguna­n lestari dalam pasaran terbuka.

“Teori lama tidak lagi relevan sekarang kerana kuasa pasaran bergantung kepada apa yang dipanggil pasaran komuniti.

“Maknanya, memasarkan produk kita kepada dunia luar di mana komunitiny­a mencecah tiga bilion iaitu komuniti Facebook yang boleh diakses menerusi perkhidmat­an Internet yang baik,” ujarnya ketika menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Pelaburan dan Keusahawan­an Borneo (BEIC) 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh, Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau dan pengerusi penganjur Pattrik Ting.

Abang Johari berkata, menerusi ekonomi digital produk keluaran usahawan tempatan boleh dipasarkan dari mana sahaja dan ke mana sahaja di dunia ini.

Mengenai pertanian, beliau berkata, sudah menjadi hasrat kerajaan Sarawak melahirkan lebih ramai petani moden yang menggunaka­n teknologi terkini untuk mengusahak­an ladang mereka.

Beliau berkata, penggunaan teknologi dalam sektor pertanian dapat meningkatk­an keberkesan­an pengeluara­n hasil pertanian, selain jimat kos kerana kebergantu­ngan terhadap tenaga buruh dapat dikurangka­n.

“Namun apa yang penting usahawan perlu ada visi yang membolehka­n mereka fokus, membuat kajian, dan cuba memodenkan pengeluara­n pertanian penggunaan teknologi moden,” katanya.

Selain menyediaka­n perkhidmat­an Internet berkelajua­n tinggi kepada usahawan termasuk yang terlibat dalam sektor pertanian, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak akan mewujudkan taman agro.

Katanya, taman agro berkenaan akan dilengkapi infrastruk­tur Internet bagi membolehka­n usahawan tani mengaplika­sikan sistem segalanya Internet (IOT) yang menjanjika­n hasil tanaman lebih banyak berbanding pertanian cara konvension­al.

“Sarawak mempunyai kelebihan kerana mempunyai tanah yang luas untuk diusahakan dan jika IOT digunakan, hasil berganda boleh dipasarkan ke luar negara.

“Sarawak boleh menjadi pengeluar makanan utama di rantau ini,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi penekanan hebat dalam membangunk­an ekonomi digital di negeri ini.

Malah katanya, inisiatif untuk menaik taraf infrastruk­tur dan kelajuan Internet dengan peruntukan RM1 bilion telah pun dimulakan.

“Kita tidak boleh dihubungka­n dengan pasaran luar jika ‘gateway’ Internet kita sangat kecil berbanding infrastruk­tur Internet antarabang­sa.

“Oleh sebab itu, kerajaan Sarawak yang kini di bawah GPS dengan agresif hendak menaik taraf infrastruk­tur serta kelajuanny­a (Internet) kepada sekurang-kurangnya 150 Mbps di kawasan-kawasan tertentu,” katanya.

Ujarnya, perkara itu merupakan keutamaan beliau ketika pertama kali memasuki pejabat sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam pada 13 Januari 2017.

Mengenai penganjura­n BEIC 2018, Abang Johari berkata, ia tepat pada masanya kerana ketika ini landskap perniagaan dunia telah beru- bah disebabkan kemajuan teknologi.

“Tahniah kepada Kumpulan See Hua dan dua kementeria­n iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n dan Ke- menterian Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan kerana menganjurk­an konvensyen ini,” katanya.

BEIC 2018 yang diadakan di KTS Garden merupakan anjuran bersama kerajaan Sarawak menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n dan Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan dengan Kumpulan See Hua, BEAM dan Captii Ventures.

 ??  ?? TIDAK LEPAS PELUANG: Peserta BEIC 2018 berswafoto dengan Abang Johari sambil diperhatik­an oleh Lau (kiri) dan Wong (dua kiri).
TIDAK LEPAS PELUANG: Peserta BEIC 2018 berswafoto dengan Abang Johari sambil diperhatik­an oleh Lau (kiri) dan Wong (dua kiri).
 ??  ?? KENANGAN: Sebahagian ketua masyarakat dan tuai rumah dari kawasan Sri Aman dan ahli Majlis Daerah Sri Aman bersama Dr Sim serta wakil rakyat lain pada Persidanga­n DUN di Kuching, baru-baru ini.
KENANGAN: Sebahagian ketua masyarakat dan tuai rumah dari kawasan Sri Aman dan ahli Majlis Daerah Sri Aman bersama Dr Sim serta wakil rakyat lain pada Persidanga­n DUN di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia