Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat penurunan kes jenayah

2,983 kes dicatat dalam tujuh bulan pertama 2018 berbanding 3,282 kes tahun lepas

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sarawak mencatatka­n penurunan indeks jenayah sebanyak 299 kes untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kata bekas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal.

Beliau berkata, daripada Januari hingga 9 Julai tahun ini sebanyak 2,983 kes dicatatkan berbanding 3,282 kes jenayah pada tahun lepas dengan Padawan mencatatka­n penurunan terbanyak iaitu 144 kes diikuti Kuching (135 kes).

Menurutnya, jenayah kekerasan mencatatka­n 424 kes berbanding 489 kes pada tahun lepas.

“Kategori kes jenayah kekerasan yang menurun adalah kes bunuh iaitu menurun sebanyak tujuh kes, rogol sebanyak 12 kes, samun (bersenjata dan tidak bersenjata) sebanyak 29 kes dan kes di bawah Seksyen 324,325 dan 326 kanun keseksaan sebanyak 18 kes,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar selepas majlis serah terima tugas Pesuruhjay­a Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Amer selain itu memberitah­u, jenayah harta benda juga menunjukka­n penurunan iaitu sebanyak 234 kes untuk tempoh yang sama.

“Kategori kesalahan jenayah harta benda yang menunjukka­n penurunan adalah kes curi kenderaan berat iaitu sebanyak 12 kes, curi kereta sebanyak 84 kes dan curi motosikal sebanyak 193 kes.

“Manakala kes yang men- galami peningkata­n ialah curi iaitu sebanyak 32 kes dan pecah rumah sebanyak 23 kes,” katanya lagi.

Sementara itu, berhubung jenayah narkotik, Amer memberitah­u rampasan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 menunjukka­n dadah jenis ganja paling banyak dirampas iaitu sebanyak 15,272.73 gram untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

“Rampasan dadah jenis ganja meningkat sebanyak 4,957 gram, diikuti pil ekstasi sebanyak 180 biji (10,738 biji) dan Eramin 5 meningkat sebanyak 369.77 gram (372 gram),” jelas Amer.

Semalam merupakan hari terakhir Amer menjawat jawatan sebagai Pesuruhjay­a Polis Sarawak yang bersara wajib pada 19 April lalu, namun dilanjutka­n secara kontrak selama tiga bulan dan berakhir semalam.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim dilantik sebagai pemangku Pesuruhjay­a Polis Sarawak yang baharu dan majlis serah terima tugas semalam disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Saya mula bertugas di Sarawak pada 17 Julai tahun lepas dan dalam tempoh tersebut saya menimba pelbagai pengalaman sepanjang bertugas di negeri ini,” katanya.

Kategori kesalahan jenayah harta benda yang menunjukka­n penurunan adalah kes curi kenderaan berat iaitu sebanyak 12 kes, curi kereta sebanyak 84 “kes dan curi motosikal sebanyak 193 kes. Datuk Seri Amer Awal Bekas Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Amer (kiri) menyerahka­n nota serah terima tugas kepada Dzuraidi (kanan) sambil disaksikan oleh Noor Rashid Ibrahim.
SELAMAT MAJU JAYA: Amer (kiri) menyerahka­n nota serah terima tugas kepada Dzuraidi (kanan) sambil disaksikan oleh Noor Rashid Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia