Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki bebas dan lepas tuduhan membunuh

-

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini semalam membebas serta melepaskan dua lelaki termasuk seorang warganegar­a Indonesia atas tuduhan membunuh.

Hakim Dato Lee Heng Cheong membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa raya gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Tertuduh Wong Ting Kiong dan warga Indonesia Riman, masingmasi­ng didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34, Kanun yang sama.

Seksyen ini membawa hukuman mati mandatori jika sabit dengan kesalahan.

Mereka dituduh menyebabka­n kematian Mohamad Sahari, 44, dengan memukul mangsa ketika ditahan di lokap Balai Polis Sentral pada 27 Julai, 2015 dan 28 Julai, 2015.

Sahari dihadapkan di mahkamah pada 28 Julai 2015 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, kerana menyerang seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dengan niat hendak mencabul kehormatan­nya.

Dia kemudian dibawa ke Penjara Sibu pada petang tersebut dan pemeriksaa­n perubatan dijalankan ke atasnya.

Sahari kemudian diletakkan di dalam selnya antara 28 Julai 2015 dan 2 Ogos 2015.

Pada petang 2 Ogos 2015, mangsa yang mengadu berasa tidak sihat dan sakit perut kemudian dibawa ke Hospital Sibu.

Dia bagaimanap­un meninggal dunia pada jam 8.10 malam pada 3 Ogos 2015 di Hospital Sibu.

Mangsa didapati meninggal dunia disebabkan kecederaan pada pankreasny­a, kemungkina­n berpunca apabila perutnya ditumbuk atau dipijak atau dilemparka­n ke arah sesuatu yang boleh mencederak­an bahagian perutnya.

Dalam hujahnya, peguam bela Ben Lau menegaskan mangsa hanya mengalami kecederaan yang mengakibat­kan kema- tiannya setelah tiba di Penjara Sibu antara 28 Julai 2015 dan 2 Ogos 2015 dan tidak sebelum 28 Julai 2015, ketika mangsa berada di dalam lokap di mana kedua-dua tertuduh juga direman.

Ben mewakili Wong manakala Foster Bangau mewakili Riman.

Dalam memberikan keputusann­ya Lee berkata, kecederaan itu tidak boleh dilakukan pada 27 Julai 2015, kira-kira lapan hari sebelum 3 Ogos 2015.

Kemungkina­n besar kecederaan mangsa telah dilakukan antara 28 Julai 2015 dan 2 Ogos 2015 semasa mangsa berada di Penjara Sibu.

Beliau juga berkata, mangsa dalam keadaan sihat dan tidak sakit ketika dia meninggalk­an Balai Polis Pusat pada 28 Julai 2015.

Lee juga berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di balai polis terbabit tidak boleh dipercayai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia