Utusan Borneo (Sarawak)

Keterangan Najib sudah diambil berhubung barang rampasan

-

KUCHING: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) serta barangan rampasan miliknya, baru-baru ini.

Demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada satu sidang media di sini semalam.

“Saya rasa dia (Najib) sudah dipanggil beberapa hari lepas iaitu kira-kira tiga empat hari lepas tetapi kena sahkan lagi dengan Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman).

“Buat masa ini masih banyak lagi perkaraper­kara yang harus diperhalus­i dahulu sebelum kita serahkan kepada pendakwa raya,” katanya.

Beliau terdahulu menyaksika­n upacara serah terima tugas antara Pesu- ruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Pada 27 Jun lalu Amar Singh memberitah­u Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil untuk memberi keterangan membabitka­n pelbagai barangan yang dirampas di kediaman mereka dengan jumlah taksiran bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Menurut Amar Singh, pihaknya menyiasat kes tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sementara itu, Noor Rashid turut memberitah­u pihaknya sedang meningkatk­an usaha dan kerjasama dengan beberapa negara untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho (Jho Low) yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Buat masa sekarang kita tidak boleh mengambil ‘physical action’ kerana kita perlu menghormat­i dan mematuhi kedaulatan undang-undang di negara-negara dia dipercayai berada.

“Kita telah tingkatkan lagi usaha serta kerjasama dengan negara-negara terbabit untuk mengesan, menangkap dan seterusnya menyerahka­nnya (Jho Low) kepada pasukan siasatan untuk tindakan selanjutny­a,” jelas beliau.

 ??  ?? NOOR RASHID
NOOR RASHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia