Utusan Borneo (Sarawak)

Seluncur air gergasi 120 meter untuk gembirakan penduduk Miri

-

MIRI: Seluncur air gergasi sepanjang 400 kaki atau lebih 120 meter, antara yang terbesar di dunia, akan digunakan untuk parti air ‘Slide the City’ pada 15 dan 16 September ini di Curtin University Kampus Malaysia di Senadin, di sini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Theory Sdn Bhd Leong Delon berkata, Miri dipilih untuk aktiviti julung kali di Sabah dan Sarawak ini kerana lokasi Miri yang strategik dan populasi pendudukny­a yang unik menambah tarikan pelancong.

“Ramai bertanyaka­n kepada kami kenapa memilih Miri bukan Kuching atau Brunei.

“Kami berharap aktiviti ini akan membantu menjana industri pelanconga­n Miri yang turut akan memiliki taman air sendiri.

“Oleh sebab itu, kami membawa seluncur gergasi mudah alih antara yang terbesar di dunia ke sini untuk menggembir­akan penduduk Miri, “jelasnya.

Monkey Theory merupakan syarikat penganjur yang mengendali­kan aktiviti pertama kali mereka di Amerika Syarikat (AS) pada 2014.

Leong berkata, sejak itu aktiviti tersebut mendapat sambutan menggalakk­an di seluruh dunia dan sudah 10 kali diadakan di Malaysia.

Menemui pemberita di Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam, Leong berkata, sokongan penduduk diperlukan untuk kejayaan aktiviti itu yang berkonsep karnival melibatkan persembaha­n muzik, trak makanan serta pelbagai aktiviti lain untuk semua peringkat usia.

Sokongan Curtin dan MBM memperluas promosi diharap dapat menggalak lebih ramai pengunjung dari luar Miri termasuk dari Semenanjun­g Malaysia dan dari negara jiran Brunei Darussalam datang memeriahka­n karnival.

Mengenai aspek keselamata­n, seluncur air yang digunakan dibentuk dengan rekaan yang menitikber­atkan keselamata­n pengguna.

Mengenai aspek alam sekitar dan untuk mengelakka­n pembaziran air Leong memberitah­u, sistem pembinaan yang memiliki sistem penapisan air yang besar digunakan untuk mengitar semula air.

Terdahulu, Datuk Bandar Adam Yii yakin penganjura­n aktiviti itu akan menarik perhatian penduduk Miri dan pelancong untuk datang ke sini khasnya golongan muda.

“Penganjur pasti menyasarka­n ramai pengunjung.

“Dengan adanya publisiti kami mahu memberitah­u penduduk Miri dan Brunei serta seluruh Sarawak untuk terlibat, “jelasnya.

Dalam pada itu, aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama Majlis Pelajar Curtin Malaysia yang menyaji program lain iaitu Rodeo Bull, Zorb Ball, Soccer Field dan Sumo.

Tiket boleh ditempah dalam talian di laman sesawang www. slidetheci­ty.asia sebelum tarikh tutup 10 Ogos.

Tiket yang dibeli di pintu masuk karnival pula dijual dengan harga RM69 seorang, RM256 untuk keluarga (empat orang) dan RM129 untuk VIP.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook ‘slidetheci­tymalaysia’.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Curtin Kingsley Francis Charles.

 ??  ?? TURUN PADANG: Kennedy (tiga kiri) disambut mesra penduduk setempat setibanya di Kampung Melayu Tubau.
TURUN PADANG: Kennedy (tiga kiri) disambut mesra penduduk setempat setibanya di Kampung Melayu Tubau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia