Utusan Borneo (Sarawak)

Surau Kampung Melayu Tubau kini lebih selesa untuk digunakan

-

BINTULU: Masyarakat Islam di Kampung Melayu Tubau kini dapat menikmati keselesaan untuk beribadah berikutan Surau Darul Islah di kampung terbabit telah dibaik pulih dan dinaik taraf sebagai surau yang lengkap dengan kemudahan.

Kos baik pulih dan naik taraf surau terbabit mencecah RM200,000 dengan tempoh pembinaan selama empat bulan bermula Ogos hingga Disember tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon menyempurn­akan perasmian surau tersebut pada 15 Julai lepas sempena program Ramah Mesra Aidilfitri di pekarangan surau terbabit.

Pada majlis itu, Kennedy mengumumka­n peruntukan RM15,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Melayu Tubau untuk membantu penduduk menjalanka­n pelbagai aktiviti kemasyarak­atan.

Kennedy turut merakamkan penghargaa­n kepada jawatankua­sa pengelola yang menganjurk­an majlis seumpamany­a untuk tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2016 yang mana kesemuanya telah dihadiriny­a.

Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kampung Melayu Tubau merangkap pengerusi pengelola majlis Shamsuddin Abdul Razak memohon pertimbang­an Kerajaan Sarawak meluluskan dana bagi membolehka­n projek pembesaran Kampung Melayu Tubau dilaksanak­an secepat mungkin.

Beliau turut memohon agar kerajaan melalui wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum dapat membina sebuah dewan masyarakat untuk kegunaan komuniti di kawasan Tubau.

Majlis tersebut merupakan anjuran bersama JKKK, Surau Darul Islah dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Ranting Kampung Melayu Tubau.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ketua Cawangan PBB Murum Mujah Lihan, Pegawai Tadbir Seksyen Pentadbira­n dan Kewangan Pejabat Residen Bahagian Bintulu Saifulbahr­y Alwie, Penghulu Morshidi Tali, Penghulu Awai Anyi, Ketua Kaum Kampung Melayu Belaga Awang Japar Awang Akbar serta ketua-ketua kaum di kawasan Tubau.

Seramai 600 tetamu dari Belaga, Sungai Asap, Labang dan Bintulu menghadiri majlis tersebut yang bertemakan ` Raikan Aidilfitri Dalam Kepelbagai­an Kaum’ dengan sasaran memupuk keharmonia­n dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di kawasan terbabit.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balai Tubau membabitka­n tarian zapin, tarian tradisiona­l Orang Ulu, persembaha­n nyanyian lagu-lagu raya oleh Din Glamour dan cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia