Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat, tuai rumah dan ahli MDSA lawat Kompleks DUN

-

KUCHING: Sebahagian daripada ketua masyarakat dan tuai rumah dari kawasan Sri Aman dan ahli Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) baru-baru ini mengadakan lawatan ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa berlangsun­gnya Persidanga­n DUN di bandar raya ini.

Lawatan yang disertai seramai 25 orang itu diketuai Penghulu Tiong Chong Onn dan Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar yang turut bertindak sebagai jurucakap kepada rombongan terbabit.

Semasa lawatan itu, rombongan terbabit didedahkan secara langsung proses Persidanga­n DUN di dewan khas yang dilengkapi dengan skrin besar.

Selain itu, mereka turut berpeluang mengadakan pertemuan dengan pemimpinpe­mimpin Sarawak sambil mempelajar­i protokol sesebuah sidang dijalankan.

Menyambut ketibaan rombongan terbabit ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kesejahter- aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Jilin yang ditemui merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada pemimpin Kerajaan Sarawak kerana memberi peluang untuk mereka menghadiri sidang tersebut.

Menurutnya, pengalaman menyaksika­n secara dekat sidang DUN berlangsun­g dianggap sesuatu yang amat berharga buat mereka.

“Bukan sekadar menarik apabila dapat melihat para wakil rakyat menyampaik­an hujah masing-masing dalam sidang tetapi apa yang penting kami dapat mengetahui mengenai isu-isu rakyat serta rancangan pembanguna­n yang akan dilaksanak­an oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, rombongan terbabit turut berkesempa­tan merakam kenangan bersama Dr Sim dan beberapa wakil rakyat di negeri ini selain menikmati juadah makanan tengah hari di Kelab Golf Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia