Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia perkhidmat­an sokongan untuk golongan wanita

Sektor awam, swasta digesa sedia pusat jagaan, asuhan di tempat kerja agar para ibu fokus kepada kerjaya

- Oleh Agnes Tugong

Usaha Sarawak Energy Berhad (SEB) mewujudkan Majlis Sarawak Energy Leading Women Network (SELWN) merupakan contoh baik oleh badan korporat ini dalam membantu memperkasa­kan lagi golongan wanita ” dan institusi kekeluarga­an. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­nKanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menggesa lebih banyak sektor awam dan swasta menyediaka­n perkhidmat­an sokongan untuk golongan wanita di negeri ini.

Perkhidmat­an sokongan ini seperti pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di tempat kerja adalah penting untuk membolehka­n golongan wanita, khasnya para ibu fokus kepada kerjaya tanpa mengabaika­n anak masingmasi­ng.

“Usaha Sarawak Energy Berhad ( SEB) mewujudkan Majlis Sarawak Energy Leading Women Network (SELWN) merupakan contoh baik oleh badan korporat ini dalam membantu memperkasa­kan lagi golongan wanita dan institusi kekeluarga­an.

“Melalui Majlis SELWN ini, SEB melaksanak­an pelbagai program seperti penyertaan 30 peratus wanita dalam jawatan penting, pengambila­n 50 peratus pekerja wanita serta penubuhan taska yang boleh dijadikan contoh kepada semua agensi lain.

“Kita berharap lebih banyak sektor awam dan sektor swasta akan mengambil insiatif yang sama dengan menyediaka­n perkhidmat­an sokongan yang dapat memperkasa­kan lagi wanita kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n program perbincang­an meja bulat wanita Transforma­si Nasional 2050 (TN50) an- juran Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul (PCORE) di Pustaka Negeri Sarawak di sini semalam.

Tambah Fatimah, di Sarawak hanya terdapat beberapa pusat jagaan dan asuhan kanak- kanak atau TASKA di tempat kerja dengan kebanyakan­nya disediakan agensi dan jabatan kerajaan.

Antara taska yang akan diwujudkan di tempat kerja ialah masing-masing satu di Wisma Wanita dan Simpang Tiga untuk kakitangan agensi dan jabatan persekutua­n.

Mengenai perbincang­an meja bulat tersebut, Fatimah berkata ia merupakan inisiatif yang baik oleh PCORE untuk mendapatka­n input- input dalam pelbagai isu yang perlu diberikan perhatian.

Antara topik yang dibincangk­an dalam perbincang­an tersebut ialah kepimpinan dan integriti, pemerkasaa­n, pembanguna­n sosiobuday­a, pendidikan dan pembanguna­n perundanga­n.

Program perbincang­an meja bulat tersebut disertai oleh 50 peserta terdiri daripada wanita-wanita mewakili pelbagai bidang di negeri ini.

Turut hadir, Presiden PCORE Datuk Halimah Mohd Said dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dr Saadiah Abdul Samat.

 ??  ?? BINCANG: Fatimah (tengah) menyertai perbincang­an meja bulat Wanita TN50 di Pustaka Negeri di Kuching semalam.
BINCANG: Fatimah (tengah) menyertai perbincang­an meja bulat Wanita TN50 di Pustaka Negeri di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia