Utusan Borneo (Sarawak)

BEIC 2018 landasan berkongsi kejayaan, pencapaian dan cabaran dalam perniagaan

-

KUCHING: Persidanga­n Pelaburan dan Keusahawan­an Borneo (BEIC) 2018 menyediaka­n landasan berkongsi kejayaan, pencapaian dan cabaran dalam perniagaan kepada usahawan dari dalam dan luar Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau berkata persidanga­n berlangsun­g sehari itu mengetenga­hkan penceramah dan pakar yang menyentuh pelbagai topik berkaitan teknologi terkini dan ekonomi digital.

“BEIC 2018 menghimpun­kan pakar dalam bidang masing-masing dari wilayah ini berkongsi kejayaan, pencapaian serta cabaran dalam per- niagaan khususnya ekonomi digital.

“Inilah tujuan utama persidanga­n ini yang dianjurkan bersama See Hua Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah See Hua Group dan Kerajaan Sarawak iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dan Kementeria­n Perindustr­ian dan Usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Perasmian BIEC 2018 yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di KTS Garden di sini semalam.

Abang Johari turut menyampaik­an ucaptama menyentuh dasar-dasar Kerajaan Sarawak dalam membangunk­an ekonomi digital di Sarawak.

Lau berkata antara topik yang dibincangk­an sepanjang persidanga­n itu ialah kesan ekonomi digital dan bergerak, ciri-ciri usahawan yang berjaya, peluang-peluang perniagaan di Sarawak, cabaran dalam membangunk­an jenama diterima di pasaran global dan cara memulakan perniagaan.

“Rakyat Sarawak, khasnya usahawan sangat bertuah kerana berpeluang menikmati tadbir urus dalam perniagaan, pendidikan dan pembanguna­n sosial yang baik diamalkan Kerajaan Sarawak sekarang di bawah Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg.

“Ini adalah legasi bekas Ketua Menteri, (Allahyarha­m) Pehin Sri Adenan Satem,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan pengerusi penganjur Pattrik Ting.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderapad­a daripada Lau. Turut kelihatan (dari kiri) Mussen, Wong, Awang Tengah, Naroden dan Ting.
TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderapad­a daripada Lau. Turut kelihatan (dari kiri) Mussen, Wong, Awang Tengah, Naroden dan Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia