Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk mahu bekalan air bersih dipercepat

Hanya 73 kilometer dari bandar raya Miri, penduduk Rumah Mandau belum nikmati bekalan air

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Meskipun di pinggir bandar raya Miri iaitu hanya 73 kilometer dari pusat bandar, namun penduduk Rumah Mandau, Skrat, Suai dekat Niah di sini masih belum menikmati bekalan air bersih.

Rumah panjang 40 pintu yang dihuni 180 orang itu berdepan masalah ketiadaan air bersih sejak rumah panjang berkenaan didirikan pada 2013.

Lebih mengecewak­an penduduk, terdapat saluran paip air besar tidak jauh dari rumah panjang mereka tetapi bekalan air bersih masih belum disambungk­an.

“Sehingga kini penduduk di rumah panjang berkenaan

Sehingga kini penduduk di rumah panjang berkenaan masih belum mendapat kemudahan air bersih terawat dan masih bergantung kepada sumber air dari sungai dan kolam berdekatan.

masih belum mendapat kemudahan air bersih terawat dan masih bergantung kepada sumber air dari sungai dan kolam berdekatan,” kata jurucakap mereka yang juga Ketua Wanita Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) Cawangan Miri Christina Kelit, kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

“Penduduk terpaksa menggunaka­n mesin jana kuasa untuk mengepam air dari kolam terbabit bagi keperluan harian mereka,” tambahnya.

Tetapi ia akan mendatangk­an masalah kepada penduduk apabila sungai berlumpur atau keruh terutama selepas musim hujan.

Beliau memberitah­u, ke- adaan menjadi lebih buruk semasa musim kemarau apabila penduduk rumah panjang mengakui mereka perlu mencari sumber air lain apabila sumber air kedua-dua lokasi itu semakin tohor.

“Bekalan air bersih me- rupakan kemudahan asas amat penting kepada penduduk kampung dan kemudahan ini tidak diperolehi walaupun terdapat saluran paip besar tidak jauh dari rumah panjang mereka, menunjukka­n kawasan itu mempunyai sumber bekalan air bersih dari loji,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung dari Rumah Mandau Skrat, Embam Insol, 50, yang juga salah seorang ahli jawatankua­sa DTTG Miri, berkata kesulitan mereka pernah dimaklumka­n kepada pihak berwajib sebelum ini tetapi sehingga kini belum ada tindakan penyelesai­an.

Menurut Embam, mereka sudah dimaklumka­n bahawa projek penyaluran bekalan air bersih ke Rumah Mandau itu sudah diluluskan di bawah Projek Bekalan Air Suai Kompleks Fasa 2, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan sepatutnya bermula pada Januari lalu.

“Bagaimanap­un sehingga kini belum ada penyelesai­an terhadap masalah tersebut dan kami masih menunggu bekalan air bersih ini disambung ke rumah panjang kami.

“Malah kini wakil rakyat kawasan ini (Ahli Parlimen Sibuti) sudah pun bertukar dan penduduk berharap beliau akan lebih prihatin dan membantu menyelesai­kan segera isu berkaitan air bersih ini yang sepatutnya bukan menjadi masalah lagi,” ujarnya.

Berikutan itu juga, penduduk rumah panjang tersebut kini turut memohon perhatian Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi supaya membantu menyelesai­kan masalah tersebut dan menghargai mandat rakyat kepadanya.

Christina Kelit Jurucakap penduduk Rumah Mandau

 ??  ?? TAHNIAH: Tho (empat kiri) dan tetamu lain bergambar bersama pasukan yang menang pada pertanding­an berkenaan semalam.
TAHNIAH: Tho (empat kiri) dan tetamu lain bergambar bersama pasukan yang menang pada pertanding­an berkenaan semalam.
 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA
 ??  ?? EMBAM
EMBAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia