Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM Sarawak mempunyai dua jawatankua­sa penaja?

-

KUCHING: Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sarawak Shariff Busrah enggan menerima jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Penaja PPBM Sarawak yang dipengerus­i Johan Mohamad.

Beliau menolak tawaran jawatan Timbalan Pengerusi kerana melihat jawatankua­sa protem yang ditubuhkan itu lebih kepada kepentinga­n politik untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri Ke12 (PRN12).

“Saya tidak melihat kepada jawatan, saya lebih kepada agenda dan pembanguna­n rakyat Sarawak dalam PPBM. Agenda mereka hanya untuk menjadi calon PRN12,” katanya ketika dihubungi semalam.

Malah, Shariff menjelaska­n mesyuarat yang diadakan itu tidak sah mengikut perlembaga­an parti.

Beliau berkata, sesuatu mesyuarat harus merujuk dan perlu kebenaran bertulis daripada Majlis Pemimpin Pusat.

Tambahnya, wakil parti daripada pusat juga perlu hadir sebagai pemerhati dan seterusnya mengesahka­n mesyuarat.

“Untuk mesyuarat pemilihan Badan Perhubunga­n Negeri, harus dihadiri wakilwakil dari setiap bahagian dan pemilihan jawatankua­sa dilakukan secara sistem pengundian daripada wakil ahli bahagian,” tegasnya.

Difahamkan Shariff masih di Kuala Lumpur selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden PPBM pada 18 Julai lalu.

Sementara itu, Johan pada sidang media memberitah­u bahawa pihaknya telah memaklumka­n kepada Shariff mengenai mesyuarat penubuhan Jawatankua­sa Penaja PPBM Sarawak.

“Shariff juga telah dijemput dalam kumpulan ini untuk menubuhkan Jawatankua­sa Penaja PPBM Sarawak kerana kita telah menerima arahan dan beliau termasuk dalam jawatankua­sa protem ini sebagai Timbalan Pengerusi.

“Kami berkomunik­asi dengan beliau dan beliau juga ada pasukannya yang akan kami gabung sekali dalam jawatankua­sa ini,” jelasnya.

Menurutnya, beliau telah diberi mandat oleh Ibu Pejabat PPBM Pusat untuk merealisas­ikan PPBM bertapak di negeri ini.

“Jawatankua­sa penaja telah dibentuk dan kami telah diarahkan untuk segera bergerak bagi melantik jawatankua­sa protem bahagian dan cawangan yang kami akan serahkan ke pusat untuk mendapatka­n watikah pelantikan daripada presiden parti.

“Kami akan bergerak secepat mungkin kerana kami diberi tempoh dua bulan untuk bergerak, jadi kami akan berusaha secepat mungkin bergerak demi parti,” ujarnya.

Johan berkata pihaknya menyasarka­n untuk merekrut ahli sebanyak 31,000 di 31 kerusi Parlimen sebelum menjelang September nanti untuk majlis pelancaran parti itu di negeri ini yang dijangka disempurna­kan Dr Mahathir.

Jawatankua­sa Penaja PPBM Sarawak dibarisi Johan sebagai pengerusi, Shariff dan Dr Bidin Chee Kifli dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, Ikram Yan, Abang Ahmad Abang Suni dan Henry Simon dipilih sebagai Naib Pengerusi.

Setiausaha pula disandang Hussaini Bujang dan penolongny­a Hasni Khlaik, Bendahari Darmadi Shahminan dan penolongny­a Awang Kasumar Awang Salleh dan Ketua Penerangan disandang Zakaria Bujang.

 ??  ?? JOHAN: Manyin (belakang tengah) menyampaik­an replika wang tunai kepada guru SMK Santubong yang merupakan johan SEDCOMP bagi kategori sekolah menangah.
JOHAN: Manyin (belakang tengah) menyampaik­an replika wang tunai kepada guru SMK Santubong yang merupakan johan SEDCOMP bagi kategori sekolah menangah.
 ??  ?? SOKONG KAMI: Johan (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat penubuhan Jawatankua­sa Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam.
SOKONG KAMI: Johan (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat penubuhan Jawatankua­sa Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia