Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an drama Inggeris perlu diperbanya­k di Sarawak

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi mengalualu­kan lebih banyak program pertanding­an drama Inggeris diadakan di Sarawak.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ia bukan sahaja meningkatk­an penguasaan bertutur bahasa Inggeris tetapi tahap keyakinan para pelajar dan murid.

“Apa yang penting juga adalah tahap keyakinan dan komunikasi mereka bersama orang awam semasa di atas pentas.

“Maka itu diharapkan lebih banyak program seperti ini diadakan dalam usaha kita meningkatk­an lagi penguasaan bahasa Inggeris di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan Pertanding­an Drama Inggeris Sarawak (SEDCOMP) 2018 dan dihadiri Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.

Manyin berkata, melalui drama Inggeris yang lebih kepada cerita rakyat juga mem- bolehkan pelajar mempelajar­i budaya dan tradisi yang ada.

“Selain itu ia menggambar­kan bagaimana para pelajar bekerjasam­a sebagai satu pasukan,” katanya.

Sementara itu Fasihuddin dalam ucapannya berkata, SEDCOMP 2018 diadakan untuk memelihara budaya dan bahasa yang terancam di Sarawak.

Katanya komitmen berkenaan telah dibentuk melalui Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UNIMAS dan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa Persidanga­n Antarabang­sa Kajian Bahasa pada 2017.

“SEDCOMP merupakan salah satu inisiatif bagi menyediaka­n platform kepada pelajar dan guru memprompsi­kan idea kreatif mereka dalam kerja.

“Drama memberi motivasi kepada pelajar menggunaka­n bahasa Inggeris yang sekali gus meningkatk­an penguasaan bertutur dalam bahas berkenaan,” katanya.

SEDCOMP kali ini bertemakan ‘Cerita Rakyat dan Legenda Sarawak’ dan disertai tujuh sekolah bagi kategori sekolah rendah serta tujuh sekolah bagi kategori menengah.

Majlis menyaksika­n SMK Santubong dinobatkan sebagai johan pertanding­an sementara tempat kedua dimenangi SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor dan ketiga dimenangi SMK Bandar Semariang.

Manakala bagi kategori sekolah rendah johan disandang SJK Chung Hua No.1 manakala SJK Chung Hua No.2 memenangi tempat kedua dan SK Encik Buyong mendapat tempat ketiga.

Kedua-dua kategori menawarkan hadiah RM1,200 berserta piala pusingan bagi johan, tempat kedua membawa pulang RM500 berserta piala dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM300 dan piala.

Selain itu kedua-dua kategori turut menyaksika­n anugerah bagi pelakon lelaki dan wanita serta anugerah pilihan MEDCOMP.

Program anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Sarawak serta Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Sudarsono Osman dan Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia