Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 juta kepada wakil rakyat disaran masuk MRP: Paulus

-

K U C H I N G : K e l a b Penyokong Sarawak (SBBC) menyaranka­n agar peruntukan siling RM1 juta kepada wakil rakyat negeri yang diumumkan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri lepas dimasukkan dalam projek kecil luar bandar (MRP).

Pengerusi SBBC Paulus Palu Gumbang berkata, ia bagi memudah dan membolehka­n peruntukan berkenaan dapat digunakan semuanya pada tahun ini.

“Walaupun belum ada tatacara untuk melaksanak­an peruntukan ini, pihak SBBC untuk makluman Yang Amat Berhormat, memohon supaya peruntukan dimasukkan dalam MRP.

“Ini supaya pelaksanaa­n dapat dihabiskan untuk tahun ini dan kita akan bekerjasam­a dengan Pejabat Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada berucap pada Majlis Makan Malam Kelab Penyokong Sarawak dan Gawai 2018 yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta mengteri kabinet lain di sini, malam kelmarin.

Tambah Paulus, selain itu ahli SBBC juga berjanji akan membuat laporan bagi semua projek yang dilaksanak­an.

Katanya, ia bukan sahaja laporan bertulis malahan dengan gambar-gambar projek yang telah dilaksanak­an.

Terdahulu semasa ucapan penggulung­annya pada Persidanga­n DUN Rabu lepas, Abang Johari mengumumka­n peruntukan siling sebanyak RM1 juta kepada setiap ADUN daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, peruntukan untuk kawasan masing-masing itu bagi melaksanak­an program baik pulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada 2018.

Sementara itu, Paulus berkata ahli SBBC harus menganjurk­an aktiviti turun padang untuk menjelaska­n perkara- perkara berkaitan dua pindaan yang diluluskan DUN baru-baru ini, iaitu Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 dan Pindaan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958.

Beliau berkata, ia kerana masih ada pihak tertentu terus memutarbel­itkan isu berkenaan terutama berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG).

“Pihak-pihak tidak bertanggun­gjawab ini akan terus melontarka­n pelbagai tuduhan bagi menidakkan usaha murni GPS.

“Sehubungan itu kami sebagai ahli SBBC sudah tentu mempunyai peranan dan tanggungja­wab dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau memberitah­u pada masa yang sama mereka mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang mempunyai pengalaman dalam perkara berkaitan untuk membantu.

“Sudah tentu juga dalam hal ini kami memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan dan yang lain terutama daripada mereka yang ada pengetahua­n dalam bidang undang-undang dan jabatan berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia