Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi keagamaan adakan sembahyang sempena Hari Kemerdekaa­n Sarawak

-

KUCHING: Semua institusi keagamaan di negeri ini akan mengadakan sembahyang kesyukuran khas di semua bahagian dan daerah sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak pada 22 Julai.

Pengarah Unit Untuk Agama Lain ( UNIFOR) Datu Dr Ngenang Janggu dalam satu kenyataan kelmarin berkata, masyarakat Islam akan mengadakan sembahyang itu pada 20 Julai di Masjid Darul Hana Petra Jaya, di sini.

Menurutnya, Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang adalah antara tetamu yang bakal menghadiri acara tersebut.

“Bagi masyarakat yang memegang kepercayaa­n Bahai akan turut mengadakan sembahyang pada hari yang sama sementara masyarakat Sikh akan mengadakan acara sembahyang pada 21 Julai di kuil mereka.

“Kemudian, pada hari Ahad (22 Julai), masyarakat Kristian akan mengadakan sembahyang yang sama di semua institusin­ya termasuk gereja kecil bersama masyarakat yang beragama Buddha dan Tao,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat Hindu pula akan melakukan sembahyang kesyukuran pada 28 Julai.

“Sambutan Hari Kemerdekaa­n pada 22 Julai adalah untuk menandakan hari Sarawak mencapai status kemerdekaa­nnya daripada pemerintah­an British pada 1963 dengan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri yang pertama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia