Utusan Borneo (Sarawak)

Perancanga­n tambah 15 pos kawalan sempadan di Sarawak ditangguh ekoran pertukaran kerajaan

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan ( PH) diharap dapat meneruskan perancanga­n untuk membina tambahan 15 pos kawalan sempadan di negeri ini.

Perkara itu disuarakan Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang yang memberitah­u, buat masa ini perancanga­n untuk menambah 15 pos kawalan sempadan di Sarawak ditangguhk­an ekoran pertukaran pentadbira­n kerajaan baharu.

Beliau menjelaska­n, setakat ini hanya terdapat enam pos kawalan sempadan di negeri ini meskipun Sarawak mempunyai kira- kira 2,000 kilometer sempadan negara dengan Kalimantan Barat, Indonesia.

“Sebanyak 15 tambahan pos kawalan sempadan dalam perancanga­n kita dan oleh kerana pertukaran kerajaan perancanga­n ini dihentikan sementara.

“Tempat sudah ditetapkan hanya kita menetapkan kedudukan dan menunggu mandat serta peruntukan kewangan untuk kita meneruskan kerja membina pos kawalan sempadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan perbarisan Hari Ulang Tahun Satu Divisyen Ke- 52 di Padang Kawad Kem Muara Tuang di sini semalam.

Pada masa sama Toh berkata tanpa pos kawalan sempadan, pihaknya tidak dapat menempatka­n pegawai dan anggota untuk menjaga keselamata­n sempadan negara.

“Kalau kita dapat mandat dan peruntukan kewangan sudah tentu pos itu akan didirikan dan dalam masa terdekat apabila pos itu siap kita akan jalankan operasi di pos tersebut,” tambahnya.

Bagaimanap­un katanya, pada masa ini keadaan kawalan keselamata­n di sempadan di negeri ini masih terkawal dan selamat.

Jelasnya, ini hasil kerjasama antara anggota keselamata­n daripada kedua- dua negara dalam menjalanka­n operasi secara bersama agar tidak diceroboh.

Justeru, beliau berharap kerjasama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselama- tan sempadan di kedua- dua negara dapat dijaga dan dipelihara dengan baik.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an warga satu divisyen sentiasa mendukung visi dan misi yang telah dimartabat­kan.

“Saya menyeru semua pegawai dan anggota termasuk veteran dan orang awam untuk menyokong visi dan misi kita agar kita sentiasa bersatu mengekalka­n keamanan Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama isteri Panglima Satu Divisyen Datin Shirley Leong Ay Yeong, Panglima Sembilan Briged Brigedier Jeneral Shamsirudi­n Mohd Shariff dan isteri Che Rohana Abdul Kadir, Ketua Staf Markas Satu Divisyen Kolonel Isa Daud dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? PENUH ISTIADAT: Toh memeriksa perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Satu Divisyen Ke-52 di Padang Kawad Kem Muara Tuang.
PENUH ISTIADAT: Toh memeriksa perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Satu Divisyen Ke-52 di Padang Kawad Kem Muara Tuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia