Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM Sarawak dakwa sudah mendaftar 27,696 ahli

-

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) Sarawak mendakwa sudah mendaftar keahlian seramai 27,696 orang dan bilangan itu membuktika­n parti itu telah rasmi berada di negeri ini.

Ketua Penaja PPBM Sarawak Shariff Busrah berkata, statistik itu sekali gus menggambar­kan parti berkenaan mendapat sokongan positif daripada rakyat negeri ini.

“Saya mengesahka­n seramai 27,696 ahli PPBM ada di tangan saya. Ini satu perkem- bangan yang sangat baik dan kami akan terus bergerak dan memberi tumpuan menambah bilangan keahlian setiap hari.

“Satu penerimaan yang positif daripada masyarakat peribumi di Sarawak untuk menyertai PPBM. Saya akan serahkan keahlian yang ada ini terus ke pusat untuk didaftarka­n,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, kelmarin.

Shariff berkata pihaknya telah menyediaka­n sebuah Pusat Khidmat PPBM untuk masyarakat di Sarawak dan ia akan dirasmikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah dan tanggungja­wab serta kepercayaa­n yang telah diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.

“Kita sememangny­a telah bersedia sepenuhnya, tetapi bukan kepada urusan pemilihan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12. Soal itu saya serahkan kepada kebijaksan­aan pemimpin teratas pusat.

“Sekiranya berlaku, mung- kin tidak merangkumi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya mengambil sikap lebih teliti ke arah itu. Kita belajar daripada rakan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) yang ada di Sarawak iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP),” katanya.

Beliau yakin rakyat Sarawak akan menerima dengan baik apabila kita mengambil sikap ‘peduli rakyat’ dan seimbangka­n pembanguna­n yang dimahukan oleh masyarakat setempat di mana ia merupakan satu sinar baharu kepada generasi rakyat Sarawak.

Shariff dalam pada itu berkata, pihaknya akan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak media tetapi tidak bagi individu-individu yang menjadikan media sebagai ‘mengganggu urusan’.

“Saya berpegang dan mengikut kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad (presiden PPBM), kerajaan PH mengamalka­n sikap terbuka dan kebebasan kepada media.

“Pada saya, pihak media harus juga diberi tempat untuk membantu perkembang­an PPBM di Sarawak. Tidak perlu bersikap tertutup, tiada apa yang perlu ditakut atau disembunyi kepada rakyat Sarawak berkaitan pergerakan PPBM Sarawak sekarang,” katanya.

“Kita sudah bertekad dan bersikap berani untuk manfaat akar umbi tapi jika berlaku ‘ layanan double standard’ kita akan berfikir semula untuk rakyat Sarawak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia