Utusan Borneo (Sarawak)

YPS sedia mulakan projek dokumentas­i, kongsi cerita perpaduan rakyat Sarawak

-

KUCHING: Yayasan Perpaduan Sarawak ( YPS) bersedia memulakan projek terbaharun­ya yang akan memberi tumpuan kepada mendokumen­tasikan serta berkongsi cerita tentang perpaduan dari seluruh negeri.

Menurut kenyataan medianya semalam, Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPS akan melancarka­n projek itu yang dikenali sebagai ‘Heritage Trails and Tales of Unity’ di sebuah hotel terkemuaka di sini pada Sabtu ini.

Projek itu bertujuan mengetenga­hkan perjalanan yang telah diambil oleh Sarawak untuk mencapai kedudukann­ya sebagai model perpaduan di negara ini.

Melalui projek itu, YPS akan meneroka, mencari, mendokumen dan menonjolka­n cerita bagaimana rakyat Sarawak dari segenap lapisan masyarakat dan dalam semua bidang negeri ini yang cantik dapat memperkuku­hkan dan memelihara semangat perpaduan ini untuk generasi akan datang.

Teras projek itu adalah penyelidik­an, kompilasi, penciptaan kandungan dan pengeluara­n bahan maklumat yang berwibawa mengenai peristiwa, orang dan tempat yang menjadi tonggak utama, mercu tanda dan ikon per- paduan di Sarawak.

Aktiviti utama yang dirancang di bawah projek itu untuk 2018 dan 2019 termasuk dokumentas­i cerita mengenai perpaduan dan penciptaan kandungan dalam bentuk buku kecil dan video serta kandungan dalam talian.

Selain itu, YPS juga akan mengiktira­f pelbagai organisasi untuk sumbangan mereka dalam mempromosi­kan perpaduan dalam komuniti masing-masing dan masyarakat secara umumnya pada Sabtu ini.

YPS adalah organisasi bukan keuntungan dengan matlamat untuk melaksana, mempromosi, memaju dan mengikuti mana-mana pro- gram, projek atau aktiviti yang memelihara, meningkat dan mengukuhka­n perpaduan, keharmonia­n dan hidup bersama secara sejahtera dengan pelbagai masyarakat berbilang kaum di Sarawak dan dalam Persekutua­n Malaysia.

Ia bermatlama­t untuk melibatkan belia Sarawak dalam aktiviti-aktiviti yang meningkatk­an kefahaman dan penghargaa­n terhadap warisan budaya masing-masing serta menghargai kerja keras dan pengorbana­n yang dilakukan generasi terdahulu untuk memastikan mereka dapat menikmati kesatuan, keharmonia­n dan kedamaian sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia