Utusan Borneo (Sarawak)

Dedahkan butiran projek di bawah Kementeria­n Pelanconga­n: Dr Teo

-

MIRI: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak digesa mendedahka­n semua butiran dan maklumat mengenai semua projek yang dilaksanak­an di bawah kementeria­n itu bagi memastikan projek bernilai jutaan ringgit yang dibangunka­n mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata langkah itu juga perlu bagi memastikan projek yang dirancang turut berfungsi sepenuhnya untuk keperluan orang awam, termasuk projek untuk menarik pelancong dan mampu memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.

“Saya juga ingin mengulangi beberapa isu yang dibangkitk­an sebelum ini mengenai kerja menaik taraf Wireless Walk Miri, dengan menggesa pihak kementeria­n tidak tergesa-gesa melaksanak­an projek tersebut.

“Sebaliknya saya berharap pihak kementeria­n mengkaji projek yang akan dan sedang dilaksanak­an dengan lebih lanjut dan mendalam bagi memastikan kesan yang konsisten.

“Ini termasuk isu berkaitan kebersihan, lalu lintas, keselamata­n pejalan kaki, kesesakan, asap, pengurusan air sisa dan banjir kilat di kawasan sepanjang Jalan North Yu Seng,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr Teo turut melahirkan rasa kesal dengan segelintir pihak yang tersalah anggap dengan kenyataan beliau baru-baru ini, kononnya berniat mahu membatalka­n projek menaik taraf Wireless Walk tersebut, sedangkan ia adalah sebaliknya.

“Itu tidak benar, kerana sebaliknya saya mahukan perbincang­an yang lebih telus dan terbuka untuk didedahkan kepada orang ramai bahawa semua kajian yang berkaitan telah dilakukan dengan terperinci.

“Pada masa yang sama kerja-kerja menaik taraf tidak akan menjadi satu lagi projek gajah putih yang wujud di tengah-tengah bandar raya Miri,” tambahnya.

Di samping itu, Dr Teo turut mengingatk­an beberapa kebimbanga­n yang dibangkitk­an orang awam juga harus ditangani segera sebelum meneruskan projek.

Katanya, maklum balas daripada orang awam, ahli majlis dan ahli-ahli perniagaan di kawasan terbabit juga penting.

“Tanpa ragu- ragu, kawasan ini merupakan pusat perniagaan yang amat sesak di Miri dan satu lagi dana rakyat berjumlah RM3 juta, akan dibelanjak­an ke atas sejumlah wang yang pernah dibelanjak­an di kawasan ini, dengan keluasan bersaiz 20 ruang letak kereta.

“Justeru, apabila ia melibatkan wang rakyat yang digunakan dengan jumlah berjuta- juta ringgit maka maklum balas daripada semua pihak berkepenti­ngan adalah perkara yang perlu,” tambah beliau.

“Di Miri, kita terkenal dengan Pelabuhan Miri, projek ‘laut dalam’ gajah putih yang masih tidak dapat ‘menarik’ kapal-kapal tangki dan kargo, di samping deretan kedai dan tandas awam di tengah-tengah laluan China Street,” ujar Dr Teo sambil menambah, Miri sebagai bandar raya pelanconga­n tidak lagi mampu untuk ‘membayar’ projek-projek gajah putih, khususnya yang melibat kawasan perniagaan utama.

Sehubungan itu, Dr Teo turut memberi jaminan akan memastikan projek-projek untuk rakyat adalah berfungsi dan memberi manfaat kepada rakyat.

 ??  ?? DR MICHAEL TEO
DR MICHAEL TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia