Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak, kerajaan persekutua­n diminta tangani masalah air bersih di kawasan ini

-

TATAU: Kerajaan perlu mengambil perhatian masalah berkaitan bekalan air yang sekian lama membelengg­u penduduk Tatau terutama yang tinggal di kawasan pekan Tatau dan rumah-rumah panjang sepanjang Jalan TatauSelit­ut dan Kelawit.

Pengerusi Persatuan Anak Tatau (PERANTAU) Mohammad Rizal Julaihi berkata, pihaknya memohon perhatian segera daripada Kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n untuk sama-sama menangani masalah bekalan air bersih di kawasan ini.

“Senario tekanan air rendah ketika waktu puncak dan keruh telah membelengg­u penduduk pekan Tatau sejak lima hingga enam tahun lepas memandangk­an peningkata­n jumlah penduduk dan penggunaan air yang meningkat oleh isi rumah di kawasan pekan Tatau,” ujarnya dalam kenyataan media di sini, semalam.

“Saya memohon Kerajaan Sarawak (ketua menteri) dan kerajaan persekutua­n melalui Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Selangau Baru Bian untuk memberi perhatian serius masalah ini,” tambahnya.

Beliau berkata, pembinaan loji baharu Sangan masih menjadi tanda tanya sejak pertukaran kerajaan persekutua­n meskipun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) lepas projek ini dalam proses akan ditender.

“Masalah saluran paip di kawasan pekan Tatau yang sudah usang dan kecil tidak dapat menampung tekanan dan tidak dapat menyalurka­n air yang cukup kuat kepada penduduk.

“Masalah dalam sistem perpaipan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit juga mengakibat­kan masalah tekanan air yang meruncing terpaksa dihadapi para guru dan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan harus diambil tindakan segera,” ujarnya.

Justeru katanya, penduduk Tatau berharap masalah tekanan air yang rendah dengan loji Rawatan Air Tatau yang kian uzur berusia hampir 40 tahun harus diberi perhatian dan diambil tindakan segera melalui beberapa perancanga­n jangka panjang dan jangka pendek di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Jelasnya, pada masa sekara- ng pihak JBALB Bintulu sentiasa memberi kerjasama erat dengan penduduk tempatan dalam menangani masalah paip pecah sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di kawasan Tatau dan mereka memberi maklum balas baik kepada masalah tekanan air ini dari semasa ke semasa namun ia tidak dapat menyelesai­kan masalah besar yang melibatkan kos membina loji baharu dan naik taraf sistem paip yang terjejas.

 ??  ?? MOHAMMAD RIZAL
MOHAMMAD RIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia