Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus ambil peduli perkembang­an remaja

-

BINTULU: Masyarakat setempat perlu bersikap ambil peduli terhadap perkembang­an golongan remaja dan anak-anak di kawasan penempatan mereka supaya golongan terbabit tidak melencong daripada usaha pembentuka­n masyarakat yang baik memandangk­an mereka merupakan aset penting yang akan menjadi peneraju kepimpinan negara ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman berkata, anak-anak bukan sekadar untuk dijaga bahkan mereka perlu dididik dengan cara terbaik untuk membentuk mereka menjadi masyarakat yang berguna pada masa akan datang.

Justeru katanya, ibu bapa perlu mengambil tanggungja­wab untuk menjaga anakanak mereka menurut acuan yang betul.

Katanya, antara peranan yang dimainkan oleh ibu bapa ialah perlu mengetahui perkembang­an diri dan hubungan sosial anak dengan rakan mereka serta aktiviti seharian mereka.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Gawai dan Raya Pusat Aktiviti KanakKanak (PAKK) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu anjuran PAKK Bintulu dan Pertubuhan Sukarelawa­n Kebajikan Bintulu (PSKB) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengerusi PAKK Bintulu Janudin Abdul Rahman berkata, program yang diadakan itu bertujuan meraikan kanakkanak yang merupakan ahli PAKK serta anak yatim dan ibu tunggal daripada pelbagai kaum dan agama di sini.

Program itu katanya, bukan hanya untuk memupuk semangat kerjasama bahkan mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara ahli PAKK dan sukarelawa­n kebajikan, kakitangn JKM dan masyarakat setempat.

Turut hadir Pegawai JKM Bintulu Taddy Ajin, Pengerusi PSKB Kederi Yusof, Pengerusi Pelindung Kanak- Kanak JKM Bintulu Catherine Manchop, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew Awangku Jaya Pengiran Rosli, Pengerusi Harakah Is- lamiah (HIKMAH) Bintulu Yusuf Ali dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Sebiew Nawawi Lalem.

 ??  ?? TERIMALAH: Azman (empat kanan) menyerahka­n duit raya kepada anak yatim dan kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
TERIMALAH: Azman (empat kanan) menyerahka­n duit raya kepada anak yatim dan kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia