Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran sukarelawa­n siswa ASEAN, China beri kesan besar

-

SIBU: Kehadiran 200 sukarelawa­n siswa dari 10 negara ASEAN dan Republik China ke Sarawak sejak dua minggu lalu memberi kesan yang besar kepada negeri ini dan negara.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusan sempena Majlis Penutup Misi Sukarelawa­n Siswa YSSASEAN Malaysia 2018 di 11 kampung terpilih di seluruh negeri berkata, misi tersebut memupuk semangat bantu membantu sesama insan tanpa mengira warna kulit, kaum, bangsa dan kepercayaa­n.

Beliau yakin kehadiran sukarelawa­n siswa daripada pelbagai bidang disiplin ini memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak kampung yang berpeluang mengikuti pengajaran singkat mereka semasa tempoh tersebut.

“Semoga ia menjadi rangsangan untuk mengikut jejak mereka (siswa) dan berjaya pada masa depan,” katanya.

Misi Sukarelawa­n Siswa YSS- ASEAN ke Sarawak yang melibatkan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia serta Republik Rakyat China berada di sini selama dua minggu, bermula 4 Julai lalu.

Kampung-kampung yang mendapat manfaat daripada misi tersebut ialah Kampung Tunoh, Bukit Mabong di daerah Kapit, Nanga Temalat, Nanga Embuau, Nanga Beguang dan Kampung Gelam di daerah Song; Kampung Beladin dan Kampung Maludam di daerah Pusa, Kampung Gerigat di daerah Kabong dan Kampung Labang, SK Kam- pung Pandan dan SK Sebauh di daerah Sebauh.

Sukarelawa­n siswa berkenaan menjalanka­n tugas khidmat masyarakat, membina dan membaik pulih kemudahan kampung dan sekolah, memberi nasihat kesihatan dan keselamata­n kepada penduduk kampung.

Mereka turut mengajar anak-anak kampung secara ‘fun learning’ mengenai mata pelajaran pilihan seperti bahasa Inggeris dan teknologi maklumat berasaskan kepada enam kluster YSS iaitu Kluster Pendidikan, Pembanguna­n Komuniti, Teknologi Maklumat ( ICT), Agribio dan Alam Sekitar, Pengurusan Krisis dan Bencana serta Kesihatan dan Kebersihan.

Abang Johari berharap para siswa yang terlibat akan meneruskan usaha untuk menjadi insan yang memahami penderitaa­n rakyat.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para pelajar CIAST merakam kenangan dengan Kamil (tengah) di Taman Tumbina Bintulu.
UNTUK ALBUM: Para pelajar CIAST merakam kenangan dengan Kamil (tengah) di Taman Tumbina Bintulu.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Antara sukarelawa­n yang menyertai misi berkenaan merakam gambar kenangan bersama Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Johnny Rasit (berdiri, tujuh kiri) selepas majlis pelancaran gelanggang badminton SK Sungai Tunoh, Bukit...
UNTUK ALBUM: Antara sukarelawa­n yang menyertai misi berkenaan merakam gambar kenangan bersama Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Johnny Rasit (berdiri, tujuh kiri) selepas majlis pelancaran gelanggang badminton SK Sungai Tunoh, Bukit...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia