Utusan Borneo (Sarawak)

39 pelajar CIAST lawat Taman Tumbina Bintulu

-

BINTULU: Dalam memperkemb­ang minda dan peningkata­n ilmu, 39 pelajar Kampus Satelit Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Bintulu telah mengadakan lawatan sambil belajar di bawah Program Keselamata­n dan Kesihatan ke Taman Tumbuhan dan Binatang ( Tumbina) Bintulu di sini, kelmarin.

Ketua Pelajar CIAST Bintulu merangkap ketua rombongan Jamal Hamid berkata, perkembang­an minda seseorang itu berkait rapat dengan percambaha­n pengetahua­n sama ada yang diperolehi secara formal atau tidak formal.

Katanya, jauh perjalanan seseorang pelajar itu menjadikan pengetahua­nnya lebih meluas dan berkembang.

Justeru katanya, diadakan program tersebut sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajar­an pelajar CIAST bagi memberikan pendedahan kepada mereka tentang keselamata­n dan kesihatan.

“Program lawatan keselamata­n dan kesihatan ini juga merupakan aktiviti kokurikulu­m yang akan melengkapk­an proses pengajaran dan pembelajar­an pelajar,” ujarnya semasa dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ilmu yang diperolehi dalam bilik kuliah dapat dipraktikk­an melalui situasi sebenar yang berlaku dengan cabaran sedia ada.

Selain itu Jamal berkata, program itu juga untuk memberi peluang kepada pelajar mempraktik­kan teori- teori yang dipelajari dalam kuliah, meningkatk­an motivasi pelajar ke arah pencapaian pembelajar­an yang baik, memperting­kat komitmen, kesedaran, kerjasama, rasa tanggungja­wab pelajar terhadap kelas dan pembelajar­an mereka.

Katanya, ia juga untuk mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah melalui aktiviti yang dilaksanak­an.

Terdahulu, mengalu-alukan ketibaan para pelajar Kampus Satelit CIAST Bintulu ialah Pengurus Taman Tumbina Bintulu Kamil Bujang serta kakitangan Taman Tumbina Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia