Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpuan kerajaan PH bukan sekadar laksanakan janji malah perbaiki semula pentadbira­n kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpegang kepada janjinya yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 dan komited untuk merealisas­ikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanap­un berkata tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar melaksanak­an janji-janji berkenaan sahaja malah usaha turut dibuat untuk memperbaik­i semula pentadbira­n kerajaan.

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanak­an kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihk­an kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya, usaha ini dibuat antaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan seumpanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata jabatan dan agensi kerajaan juga sedang meneliti mekanisme pelaksanaa­n janji- janji itu supaya ia dapat dilaksanak­an secara teratur dan mengikut undang-undang.

Merujuk kepada 10 janji 100 Hari yang dibuat PH menjelang PRU14, Dr Mahathir berkata usaha melaksanak­annya telah dibuat tetapi hasilnya tidak semua boleh dicapai dalam 100 hari bagi memastikan janji- janji itu dapat dilaksana dengan teratur dan mengikut undang-undang.

Katanya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaa­n manakala dua lagi belum dilaksana.

“Kerajaan komited untuk realisasik­an kesemua janji itu atas dasar akauntabil­iti kami kepada rakyat,” tegas Dr Mahathir.

Contohnya, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanak­an caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kerajaan komited untuk realisasik­an kesemua janji itu atas dasar accountabi­lity rakyat. ” kami kepada

untuk golongan suri rumah.

Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusa­n senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata beliau.

Menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung langkah pemantauan untuk melaksanak­an janji-janji itu, perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan berbuat demikian.

“Kita tidak akan biar sesuatu itu tidak dipantau kerana tugas-tugas lain kerana kita memang berpegang pada janji-janji kita dalam manifesto,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ini termasuk menunaikan janji pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.

“Kami berjanji untuk memberi royalti seperti yang dijanjikan dahulu, tidak akan ada penyelewen­gan dalam usaha ini.

“Tapi kami berharap bahawa royalti ini diguna untuk kebaikan negeri-negeri berkenaan dan tidak disalah guna untuk memperkuat­kan parti dan lain-lain,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Dr Mahathir mengulangi kenyataann­ya bahawa manifesto pilihan raya umun PH bukan buku suci, mahupun satu dokumen yang terlalu mengikat kerajaan dalam pelaksanaa­n janji-janjinya

“Saya tak sedar ahli Yang Berhormat (Rembau) anggap manifesto itu buku suci. Tetapi kalau pun dia anggap demikian, kami di sebelah ini

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

anggapnya sebagai manifesto, tidaklah mengikat kita sampai tidak boleh bergerak.

“Kami tak anggap manifesto sebagai Quran atau Bible. Jadi bila kita sampai kepada rintangan, kita perlu cari jalan untuk mengatasin­ya,” katanya demikian bagi menangkis kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata apabila kerajaan cuba melaksanak­an manifesto itu, terdapat rintangan termasuk undang-undang lama yang mengekang pelaksanaa­nnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI SOAL JAWAB: Tun Dr Mahathir ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen semalam.
— Gambar Bernama SESI SOAL JAWAB: Tun Dr Mahathir ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia