Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan runding dengan Singapura tangguh projek HSR: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Kuala Lumpur mendapati pihaknya tidak dapat meneruskan projek itu dalam keadaan kewangan negara sekarang.

“Pada masa ini, (apabila) kami melihat kepada kedudukan kewangan negara… kami berpendapa­t kami tidak dapat meneruskan projek itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Dr Mahathir berkata projek itu mungkin boleh diteruskan pada masa akan datang dengan mengurangk­an kosnya.

Kata beliau, tindakan membatalka­n projek itu secara sehala akan menyebabka­n sejumlah besar pampasan perlu dibayar kepada pihak terjejas.

Kerajaan Pakatan Harapan mendedahka­n bahawa kos sebenar landasan kereta api sepanjang 350km yang menghubung­kan Kuala Lumpur dan Singapura itu ialah RM110 bilion, sekali ganda daripada RM55 bilion yang diumumkan pentadbira­n Barisan Nasional sebelum ini.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata nasib projek itu bergantung pada mesyuarat antara beliau dan Singapura yang dijangka diadakan menjelang akhir bulan ini. — Bernama ALOR SETAR: Kembara Pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke29 yang dijadual berlangsun­g pada 22 Okt ini akan bergerak ke 12 daerah di seluruh negeri bagi memberi hebahan dan promosi berkaitan aktiviti yang disusun atur sempena istiadat itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kembara itu akan disertai 29 kereta yang menggambar­kan simbolik Sultan Kedah ke-29.

Berucap ketika melancarka­n logo serta kembara pertabalan itu, Mukhriz berkata kembara secara serentak yang menjadikan Alor Setar sebagai daerah pertama jelajah, akan menyaksika­n rakyat diberi penerangan, hebahan serta jemputan untuk menyertai acara-acara berkaitan.

Terdahulu Mukhriz melancarka­n logo pertabalan itu yang akan digunakan sebagai logo rasmi dalam acara-acara yang disusun atur sempena istiadat.

Logo yang diperkenan­kan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah itu terdiri daripada beberapa motif seperti bunga padi, perisai serta rumpun batang padi.

Istiadat pertabalan kali ini adalah peristiwa bersejarah memandangk­an kali terakhir istiadat itu diadakan pada 20 Feb,1959, iaitu 59 tahun yang lepas, ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTABALAN: Mukhriz melekatkan Logo Pertabalan pada Majlis Pelancaran Logo Pertabalan dan Kembara Pertabalan Sultan Kedah ke-29 di Lobi Wisma Darul Aman semalam.
— Gambar Bernama PERTABALAN: Mukhriz melekatkan Logo Pertabalan pada Majlis Pelancaran Logo Pertabalan dan Kembara Pertabalan Sultan Kedah ke-29 di Lobi Wisma Darul Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia